spot_img

Kerana Seorang Perantau, Sekampung Jalani Ujian Covid-19

- Advertisement -

TANAH MERAH: Seluruh penduduk Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, disarankan supaya menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini, kerana dikhuatiri mempunyai risiko selepas beberapa penduduk di kampung berkenaan didapati positif.

Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an, berkata, mereka diarahkan berbuat demikian hari ini dan ujian itu dibuat oleh petugas kesihatan di sebuah surau berdekatan.

Image may contain: sky, outdoor and nature

“Saya difahamkan ujian ini disarankan oleh pihak berwajib selepas beberapa orang perantau yang pulang ke kampung ini didapati positif.

- Advertisement -

“Jadi hari ini penduduk secara sukarela tampil untuk buat ujian saringan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu, penduduk berkenaan berkata mereka bimbang dengan penularan Covid-19 di kampung tersebut susulan ‘pembawa’ dikatakan berada di banyak lokasi sepanjang pulang ke kampung.

“Sebagai penduduk, semestinya menjadi kebimbangan dan penduduk mengambil tanggungjawab untuk jalani ujian saringan.

Image may contain: one or more people, people standing, outdoor and nature
- Advertisement -

“Selain penduduk di sini, ada juga penduduk dari kampung berhampiran untuk turut sama lakukan ujian dan ada juga yang buat saringan lebih awal di klinik dan hospital,” katanya.

Terdahulu, viral gambar-gambar di media sosial yang menunjukkan penduduk kampung tersebut sedang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan.

Sebagai rekod Kelantan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak dua minggu lalu dengan kes positif keseluruhan berjumlah 1,565.

- Advertisement -

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Husin mengesahkan pihaknya menjalankan ujian saringan di Kampung Chedok.

Bagaimanapun katanya, tiada maklumat terperinci yang dapat dikongsikan buat masa ini.

Ujian dijalankan bermula jam 9 pagi dan selesai sekitar jam 4.30 petang.

Image may contain: one or more people, text that says "Penduduk Kg Chedak Pen"

Ujian itu mendapat sambutan kerana diberi secara percuma menyebabkan penduduk kampung itu dan kampung sekitar mengambil peluang memeriksa kesihatan mereka.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL