spot_img

Pagi Bergelak-tawa Dengan Ibu, Petang Ibu Sudah ‘Pergi’ Meninggalkan Kami Semua. Ibu Pergi Ke Satu Tempat Dan Sekelip Mata Semua Berubah.

- Advertisement -

SEORANG anak tidak menyangka kegembiraan menyaksikan wajah ibu yang ceria pada Sabtu lalu bertukar duka apabila ibunya kemudian dijemput Ilahi pada hari yang sama.

“Pagi tadi Ibu gelak-gelak, happening dengan kami dan tak sangka pagi tadi kali terakhir Isha salam Ibu, berlari-lari nak salam Ibu dan dalam sekelip mata semuanya berubah.

“Semoga Ibu tenang di sana ye, Isha sayangkan Ibu. Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Ibu saya,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan.

- Advertisement -

Pengguna Twitter berkenaan, Ainol Nalissa Mohd Nazri berkata, ibunya, Allahyarhamah Mazlina Abdullah Aziz meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat strok.

“Saya dan beberapa adik-beradik pergi jalani ujian berkomputer untuk lesen memandu pada hari tu. Tapi mak yang paling happy, siap bergurau dengan kami pagi tu.

“Ibu sempat berpesan kepada kami supaya buat elok-elok dan Alhamdulillah saya lulus dalam ujian berkomputer tu,” katanya yang berusia 21 kepada mStar.

- Advertisement -

Lebih mesra disapa Nalissa, katanya, sebaik pulang ke rumah, Ibunya memasak juadah kari ayam kesukaan keluarga pada waktu makan tengah hari.

Nalissa mengiringi jenazah Ibunya untuk pengebumian.

“Kari ayam ni adalah masakan Ibu yang paling istimewa, sebab paling sedap dan menjadi kegemaran kami. Patutnya kami makan sekali, tapi Ibu makan dulu selepas masak.

“Selepas tu Ibu nak ke bilik air sebelum adik jerit yang Ibu nak rebah sebab sakit kepala. Ibu dibawa ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika azan Maghrib.

- Advertisement -

“Tak sangka itu adalah kari ayam terakhir yang Ibu masak untuk kami. Cuma sedikit terkilan sebab tak dapat makan bersama seperti biasa,” katanya dengan nada sebak.

Menetap bersama keluarga di Tanjung Rambutan, Perak, Nalissa berkongsi kisah sedih yang memberi gambaran mengenai ibunya seolah-olah akan pergi buat selama-lamanya.

Nalissa (berdiri, empat dari kanan) bersama keluarga ketika majlis perkahwinannya, Ogos tahun lalu.

Menurut anak keenam daripada 11 adik-beradik itu, arwah Ibunya pernah menyuarakan hasrat untuk melihat seisi keluarga memakai baju raya warna putih pada Hari Raya tahun ini.

“Awal bulan ni Ibu pernah cakap teringin nak tengok kami semua pakai putih di pagi raya tahun ni. Tapi tak sangka Ibu yang pakai putih (kain kafan) dulu,” ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Linguistik Melayu di Universiti Malaya (UM).

Menyifatkan Ibunya sebagai seorang yang ceria, tegas dan disenangi ramai, Nalissa turut berkongsi tanda-tanda lain yang baru disedari selepas pemergian itu.

“Baru-baru ni Ibu ada gosokkan baju Melayu dan baju kurung kami adik-beradik yang tinggal serumah. Tak tahu pula nak kami pakai baju tu pada hari dia meninggal dunia.

“Yang paling terkesan apabila suatu hari tu saya masak bihun, dan Ibu puji sedap dan kata lepas ni bolehlah masak untuk ayah dan adik-beradik lain,” tambahnya.

Bapa Nalissa (kiri) bersama arwah Ibu.

Nalissa yang mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu berkata, Ibunya turut berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan selain menjaga bapa dan adik-beradik lain.

“Ibu merupakan seorang yang begitu mementingkan kekeluargaan. Kalau dulu setiap kali makan bersama memang kami akan dahulukan ayah dan Ibu.

“Tapi sekarang sudah berbeza sebab tiada lagi Ibu bersama kami. Semoga kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan tanpa Ibu” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL