spot_img

[VIDEO] ‘Anakku Di Dalam Pak’ – Bapa Merayu Selamatkan Anak Tertimbus Akibat Gempa Bumi

- Advertisement -

Tidak dapat digambarkan perasaan seorang bapa apabila menjadi saksi anaknya sendiri tertimbus dalam satu kejadian gempa bumi. Kejadian tersebut berlaku Jumaat yang lepas, di Mamuju Sulawesi Barat, Indonesia.

Tangisan bapa

Menerusi video kurang 50 saat itu, menunjukkan seorang bapa menangis selepas mengetahui anaknya tertimbus dalam kejadian gempa bumi. Kejadian gempa bumi itu menyebabkan bangunan yang menjadi kediaman mereka runtuh.

Dia ketika itu cuba sedaya upaya mengangkat konkrit-konkrit bangunan itu bagi menyelamatkan anaknya. Lagi sebak bila mendengar dia merayu kepada orang ramai untuk membantu anaknya yang sudah tertimbus.

“Anakku di dalam sini pak, tolong,” teriak pria itu sambil menunjukkan lokasi anaknya.

- Advertisement -

Gempa bumi ini berlaku kira-kira pukul 1.28 pagi waktu tempatan Indonesia. Lapor INews.ID, insiden tersebut telah mengakibatkan seramai 26 mangsa yang terkorban.

Sumber: INews.ID

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL