spot_img

Abah Bagi RM3, RM2.30 Isi Minyak. Meleleh Air Mata, Baki 70sen Untuk Belanja Makan Di Kantin

- Advertisement -

Aku ingat lagi, dulu-dulu masa balik sekolah agama darjah 4 abah selalu bawa aku pergi pekan. Pergi kedai 4D.

Abah pesan tunggu dekat motor, jangan pergi mana-mana. Kalau nombor abah naik dapat makan sedap-sedap. Kadang-kadang abah minta kami tulis nombor apa nak beli.

Masa tu aku tak tahu kedai sports toto tu kedai judi. Jadi aku selalu bersemangat nak bagi abah nombor.

- Advertisement -

Sampailah satu hari maksu datang rumah, aku pun dengan semangatnya bagi abah nombor baru.

Merah muka abah menahan malu depan maksu. Start dari situ baru aku tahu oh berdosa.

Dengan mak sekali dibebelkannya. Padahal mak awal-awal dah solat tepat bila masuk waktunya.

- Advertisement -

Puasa? Abah kata abah gastrik. Tak boleh puasa sebab abah sakit. Abah uzur tapi yang aku pelik sangat waktu sahur abah bangun.

Waktu berbuka pun abahlah paling garang sekali pantang anak bergurau sikit dijerkahnya depan rezeki.

Mati selera orang yang puasa ni. Macam abah lapar tak makan satu hari padahal tengahari abah siap goreng telur makan nasi.

- Advertisement -

Bulan puasa abah bukan kerja pun. Tapi abah punya penat tu sampai tidur satu hari. Aku hairan dan sangat hairan. Aku tanya mak, tapi mak diam je.

Jadinya, aku tak beli apa pun kat kantin sebab air pun dah seringgit segelas. Tapi aku tak sedih sangat tak dapat beli apa masa rehat sebab pagi-pagi tu lagi aku dah sedih.

Menangis atas moto masa dalam perjalanan ke sekolah. Aku tengah pakai kasut sekolah, aku salam abah. Aku beritahu abah minyak motor dah kering.

Abah bagi RM3. Aku senyum pahit sebab tahu dah aku tak makanlah nampaknya harini. Tak lama lepas tu pakteh datang minta duit sebab nak mengopi dulu sebelum pergi kerja.

Abah bagi dia RM10. Bertakung air mata aku. Tapi cepat-cepat aku hidupkan motor pergi sekolah.

Pakteh hari hari datang minta duit. Sarapan pagi, waktu malam sebelum pergi melepak.

Pang, kena penampar aku haritu. Abah kata itu amal jariah dia bersedekah kena dulukan adik beradik. Oh yelah abah, aku lupa aku ni anak buluh betong.

Lepas tu aku nekad, aku kena belajar rajin-rajin supaya aku tak perlu pinjam duit abah lagi.

SPM aku skor, STPM pun aku skor. Alhamdulillah dapat masuk menara gading, sekaran dah kerja.

Tapi masa aku kejar cita-cita aku lupa adik-adik aku pula kena menghadap benda yang sama aku dah rasa dulu.

Lepas aku kerja, aku kahwin dan suami bawa aku duduk jauh dari keluarga. Aku plan satu-satu, mula-mula aku bawa adik aku yang nombor 6.

Masuk tahun ni dah 3 tahun adik aku terima rawatan dan dah 2 kali kena operate buang ketumbuhan tu.

November seterusnta nak kena ct scan lagi sekali nak tengok sel kanser tu masih ada lagi atau tak atau merebak kat tempat lain pulak. Then tunggu doktor nak teruskan untuk kimo atau apa nanti.

Guess what, sepanjang adik aku duduk sini ulang alik ke hospital, tak pernah pun abah kirim apa-apa untuk rawatan adik.

Kanser ni ubat dia mahal, nak operate ct scan semua mahal. Aku bayar je semua even baki gaji aku bulan-bulan cukup untuk isi minyak je.

(aku ada komitmen hutang PTPTN, hutang masters, kereta, simpanan laki bini dan bagi duit kat mak.)

Syukur alhamdulillah, adik aku yang nombor 5 dapat masuk universiti baru-baru ni. Masa dia nak apply UPU hari tu aku dah pesan siap-siap kalau boleh apply dekat dengan aku.

Sebab nanti aku boleh uruskan pendaftaran dia apa semua. Lagipun aku ambil iktibar awal tahun hari tu dia dapat 2 interview dari UITM.

And guess what, abah tak tanya pun macam mana dia nak pergi interview tu.

End up, adik aku menangis pagi interview tu sebab tak dapat pergi. Begitulah, dia tak jiwa kental macam aku.

Dia ni lembut sikit dan sekarang ni the same thing happen, sesen pun tak ada hulur untuk adik aku tu masuk universiti.

Syukur pada Allah sebab kurniakan aku suami yang baik hati dan sangat berbudi pekerti. Ambil berat pasal adik-adik aku dan tak pernah sekali kata apa-apa pasal abah.

Bila balik kampung tak pernah pun lagi suami tak hulur duit dekat abah. Layan mak abah macam mak abah dia sendiri.

Entah, aku rasa ni berkat doa mak kot. Mak selalu kata, mak harap anak anak perempuan mak dapat suami baik dan bertanggungjawab. Aku dah nampak apa kesannya bila berumahtangga tanpa ilmu.

Sekarang ni aku selalu berdoa supaya Allah pandu aku dan suami dalam alam rumahtangga kami.

Aku serik aku tak nak benda yang sama berlaku dalam rumahtangga aku. Semoga Allah bagi hidayah pada aku dan juga pada abah. Aamiin.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL