spot_img

Kisah Manusia Di Sumpah Menjadi Seekor Buaya Yang Diberi Nama Bujang Senang

- Advertisement -

Bujang Senang

Bujang Senang sering menjadi kebimbangan penduduk yang hidup di kawasan sungai sekitar Sungai Batang Lupar dan Sri Aman, Sarawak sekitar tahun 1980-an.

Menurut mitos masyarakat Iban, Bujang Senang dikatakan berasal daripada seorang manusia juga seorang pahlawan Iban yang dikenali dengan nama Simalungun. Dia dan juga isterinya dikatakan telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang membunuh dia dan isterinya. Ada juga kepercayaan yang mengatakan Bujang Senang akan mencari mangsa yang berbangsa Iban.

Buaya Terbesar

Menjadi buaya ketiga terbesar yang pernah ditangkap, perbezaan Bujang Senang dengan buaya-buaya yang lain mudah dikenali.Bujang Senang mempunyai fizikal bersaiz gergasi dan terdapat jalur putih di belakang badannya.

- Advertisement -

Setelah bertahun-tahun membuat onar di sekitar sungai akhirnya pada tahun 1992 sekumpulan penembak tepat polis dan penduduk tempatan berjaya menangkap Bujang Senang.

Bukan Bujang Senang Sebenar

Namun begitu, ada yang masih percaya yang ditembak itu bukannya Bujang Senang tetapi Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang

Meskipun ditangkap dan dibunuh pada 20 Mei 1992, namun kisah kerakusannya terhadap manusia sangat menyeramkan.

- Advertisement -

Buktinya, pengunjung boleh menyaksikan sendiri tengkorak Bujang Senang yang diabadikan di Muzium Taman Buaya Jong, Sarawak.

Tengkorak ini menjadi tontonan ramai dan bukti kewujudan buaya gergasi itu .Ternyata ia bukan sekadar mitos atau cerita dongeng.

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL