spot_img

Wanita Maut, Suami Parah Kereta Langgar Belakang Lori

- Advertisement -

TELUK INTAN: Seorang wanita maut manakala suaminya parah setelah kereta dipandu anak lelaki mereka melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 8 Jalan Changkat Jong, di sini hari ini.

Dalam nahas pada pukul 9 pagi itu, Siti Zaleha Sharani, 65, maut di tempat kejadian manakala suaminya, Azizan Md. lsa @ Mat Isa, 75, cedera parah dan anak lelaki mereka, Mohammad Saiful, 26, luka di tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, kejadian berlaku melibatkan kereta jenis Proton Saga FLX dinaiki tiga beranak itu dan sebuah lori jenis Hino.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terlibat kemalangan di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, Perak, hari ini. – IHSAN JBPM
- Advertisement -

Katanya, ketika kejadian, kereta dipandu Mohammad Saiful dalam perjalanan dari Bidor menghala ke Teluk Intan manakala lori tersebut berada di bahu jalan arah ke Teluk Intan.

“Sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki itu dipercayai mengelak ke kiri jalan disebabkan sebuah kenderaan di hadapannya hendak masuk ke simpang sebelah kanan.

“Akibat kejadian tersebut, kereta berkenaan melanggar belakang lori yang diletak di bahu jalan,” katanya di sini hari ini.

- Advertisement -

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dengan suami dan anaknya yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan itu berlaku setelah kereta dinaiki tiga beranak itu melanggar belakang lori.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –

- Advertisement -

Sumber: UTUSAN ONLINE

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL