spot_img

VIDEO KEJAM! Lelaki Lempar Kucing Dari Tempat Tinggi Untuk ‘Content’ TikTok?

- Advertisement -

Kalau umur masih mentah mungkin boleh ditutup dengan sebelah mata, tetapi bila di lihat kelibat pelaku kejam ini nampak seperti manusia yang berakal dan boleh berfikir dengan matang.

Satu video menunjukkan pelaku ini tergamak melemparkan kucing dari tempat tinggi semata-mata nak raih perhatian di media sosial.

Satu perbuatan jenayah berat – Persatuan Haiwan Malaysia

https://youtu.be/eZqKksX42-o

Berdasarkan pemerhatian, kejadian ini difahamkan berlaku di dalam negara kerana ada yang ternampak kereta Myvi didalam video tersebut.

- Advertisement -

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia , lokasi kejadian ini dipercayai disebuah kawasan ladang di negeri Sarawak.

Terpanggil apabila melihat kelakuan kejam ini, Presiden oranganisasi ini Arie Dwi Andika memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat pelaku.

Katanya, tindakan pemuda itu adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan kematian haiwan berkenaan dan ia menyalahi Akta Kebajikan Haiwan 2015.

- Advertisement -

Mereka yang mengenali pelaku boleh terus buat aduan kepada polis ataupun ke MyAct Hotline www.wasap.my/+601120901097 atau secara online di https://animalmalaysia.com/report-animal-crime/ untuk membantu pihak berkuasa. Identiti pengadu akan dirahsiakan.

Tambah Arie Dwi Andika lagi, masyarakat juga diingatkan supaya tidak menjadikan haiwan seperti kucing sebagai bahan pembikinan video hiburan untuk dimuat naik di media sosial seperti TikTok kerana ia perbuatan yang zalim.

Sumber: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL