spot_img

Jurutera IT Meninggal Dunia Digilis Lori

- Advertisement -

Rawang: Jurutera teknologi maklumat (IT) meninggal dunia akibat digilis lori selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan kenderaan terbabit di laluan selepas susur Plaza Tol Rawang Utara menghala ke Kuala Lumpur di sini, jam 7.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika kejadian, lori terbabit yang dipandu lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari Rawang menghala ke Shah Alam, Selangor.

“Kemalangan berlaku ketika lori berkenaan yang berada di lorong kiri melepasi Plaza Tol Rawang Utara, tiba-tiba bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa berusia 26 tahun.

- Advertisement -

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan. Mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL