spot_img

Tragedi Hari Pertama Sekolah. Calon SPM Parah Lepas Jatuh Dari Tingkat 3

- Advertisement -

Hari ini, ragam anak-anak yang mulakan hari pertama sekolah nyata penuh di segenap media sosial. Walaupun sebilangan besarnya mengamalkan ‘Norma Baharu’ belajar dari rumah sambil ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing, ada juga yang kembali ke sekolah buat sekian lama.

Hal ini susulan para calon yang mengambil peperiksaan awam dibenarkan hadir secara fizikal termasuklah di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelajar Tingkatan 5 jatuh dari tingkat 3 hari pertama sekolah dibuka semula.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ada saja pelbagai cerita melibatkan guru atau pelajar yang menjadi tumpuan ramai.

- Advertisement -

Namun begitu, siapa sangka hari pertama sesi persekolahan tahun 2021 di SMK Petra Jaya. Kuching, Sarawak bermula dengan episod tragedi yang agak mengerikan.

Malang tak berbau, seorang pelajar Tingkatan 5 dilaporkan telah jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

Bangunan SMK Petra Jaya yang menjadi lokasi pelajar tingkatan lima terjatuh.

Insiden berlaku ketika berada hampir dengan kelas…mujur tiada kehilangan jiwa.

Menerusi laporan portal Astro Awani, insiden malang itu dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi sewaktu dia berhampiran dengan bilik darjahnya.

- Advertisement -

Pelajar yang berasal dari Kampung Tupong Batu itu kemudian segera dikejarkan ke sebuah pusat perubatan menggunakan ambulans dan kini dilaporkan dalam keadaan yang stabil.

Dalam pada itu, petugas forensik PDRM sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi, ketika pelajar berkenaan berada berhampiran bilik darjahnya. – Foto Astro AWANI

Sumber: Astro Awani

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL