spot_img

Ustazah Ini Jelaskan Kenapa Brunei Tiada Kes Covid Baru.

- Advertisement -

Bagaimana Brunei atasi kes Covid-19? Jika diikutkan kes mereka dahulu agak tinggi juga. Dengan izin Allah hari ini, dari live Ustazah Asma Harun.

Katanya, beliau mempunyai sahabat di Brunei. Sahabatnya memberitahu, setiap waktu pagi, semua rangkaian televisyen, radio, atau apa media sekalipun, mereka mewajibkan bacaan surah Yassin termasuk juga di hospital-hospital dan semua jabatan awam lain.

Sultan, Menteri Agama, rakyat, semuanya wajib membaca surah yassin. Allahu.

- Advertisement -

Mungkin Allah SWT ingin melihat sejauh mana kebergantungan kita kepadaNya, sekuat mana iman kita, sejauh mana kekuatan kita untuk meminta pertolongan dengan Allah secara berterusan dan sejauh mana kita mampu mengekalkan akhlak yang baik.

Perasan tak apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini? Kita saling menyalahi satu sama lain, kita menghina dan mengeji.

Allah nak uji kita. Jadi kita kena ingat, semua ini milik Allah. Kita kena selalu berdoa dengan Allah SWT. Kita tak boleh jaga kita tapi ingatlah Allah yang jaga kita. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah murka.

- Advertisement -

Perbanyakanlah istighfar, berdoa dan memuji Allah SWT. InsyaAllah, jom mulakan dari setiap rumah kita. Semoga Allah selamatkan Malaysia.

See the source image

KEBERKATAN SURAH YASSIN

Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.”

Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:

- Advertisement -

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika orang musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksaannya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa dahaganya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Statistik Kes Terkini

Selain Malaysia, Indonesia dan Filipina turut menyertai senarai 80 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes Covid-19.

Indonesia merekodkan 869,600 kes dengan 25,246 kematian sekaligus berada ditangga ke-20. Sementara Filipina pula melaporkan 494,605 kes dengan 9,739 kematian, ditangga ke-32.

Myanmar minggu ini melaporkan 132,865 kes dan kini berada ditangga ke-70. Sementara Singapura melaporkan sebanyak 59,029 kes dengan angka kematian kekal 29.

Thailand mencatat 11,262 kes dan 69 kematian. Vietnam mencatat 1,531 kes dan 35 kematian. Kampuchea mencatat 426 kes dan masih sifar kematian.

Tiada Kes Terbaru di Brunei

Tiada perubahan kes Covid-19 di Brunei. 141 kes dengan 2 kematian sementara kes di Laos sebanyak 41 kes dan sifar kematian.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL