spot_img

Video – Abang OKU Hero, Sanggup Mengesot Untuk Selamatkan Anak Kucing Yang Jatuh Dalam Parit

- Advertisement -

Lelaki 0KU berkerusi roda selamatkan kucing dalam longkang. Dalam keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (0KU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati netizen.

Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.

Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya tidak lama dahulu kini menerima lebih 300,000 tontonan.

- Advertisement -

“Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding longkang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.

“Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik,” tulisnya di Facebook sehingga kini menerima 2,500 tanda suka.

‘Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.’ – NETIZEN

- Advertisement -

Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang 0KU.

“Sahabat saya yang merakam video ini juga seorang 0KU pengguna kaki palsu.

“Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu,” katanya lagi.

- Advertisement -

Selain dikongsi lebih 1,700 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.

Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.

“Terima kasih. Anda seorang insan yang hebat. Walaupun 0KU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.

“Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.

“Terbaik… Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan,” tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL