spot_img

Polis PJ Beri Bantuan Pada Wanita ‘Curi’ Makan Dan Ubat Untuk Anak Sakit

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pandemik COVID-19 memang saat mencabar bagi kebanyakan orang. Bagi petugas kesihatan, mereka berdepan dengan beban yang menggunung akibat kes-kes baharu yang semakin meningkat.

Bagi anggota masyarakat pula, ada yang tejejas pendapatan bahkan ada juga yang kehilangan sumber rezeki akibat pandemik berkenaan.

Namun, seperti mana tanda pagar #KitaJagaKita, lihatlah nasib orang di sekeliling. Mungkin ada yang berlapar atau menanggung kesakitan tanpa mampu membeli ubat.

- Advertisement -

Dan inilah yang berlaku pada seorang surirumah di Petaling Jaya semalam. Awalnya dia ditahan oleh pihak keselamatan sebuah pasar raya kerana gagal membayar jumlah harga barang-barang yang ada bersamanya.

Lebih menghibakan, barang-barang makanan yang diambil adalah makanan dan ubat-ubatan untuk kegunaan anaknya yang sedang sakit di rumah.

Apabila sampai ke pengetahuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pasukan itu bertindak menerusi mata hati dengan menggunakan pendekatan belas ihsan dalam situasi berkenaan.

- Advertisement -

Wanita berkenaan itu turut disantuni Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, yang membawa barang-barang keperluan untuk kegunaan individu tersebut dikediamannya hari ini.

Berkongsi perkara tersebut di Facebook IPD Petaling Jaya, Nik Ezanee terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota keselamatan di sebuah pasar raya kerana gagal membayar jumlah harga barang-barang yang ada bersamanya.

Dalam kenyataan itu, barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat -ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Nik Ezanee bersama pegawai IPD PJ menyampaikan bantuan kepada wanita berkenaan di kediamannya./ Gambar FB IPD PJ
- Advertisement -

“Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik COVID-19 ini.

“Susah dan senang, kita tetap bersama..” kata hantaran itu.

Hataran IPD Petaling Jaya itu menadapat respons yang sangat positif daripada netizen yang memuji tindakan proaktif jabatan itu.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL