spot_img

Tular Semalam Video Netizen Kecam Polis Kerana Kompaun Wanita Tidak Pakai Glove. Ini Cerita Sebenar Bagi Hilangkan Kekeliruan.

- Advertisement -

Viral sejak semalam tentang sebuah video yang menunjukkan anggota polis mengeluarkan kompaun terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya. Tindakan polis tersebut menaikkan kemarahan netizen yang bertindak mengecamnya kerana berdasarkan video itu, wanita tersebut dikompaun kerana tidak memakai sarung tangan.

Lebih membuat netizen naik angin apabila Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sendiri membalas dan berkata tiada SOP memakai glove seperti ditanya polis terbabit di dalam video terbabit.

Melalui video itu, anggota polis berkenaan didengari bertanya kepada wanita tersebut,

- Advertisement -

Ni glove mana? Pakai glove! Cari glove, pakai sekarang.” 

Bukan saman tak pakai glove, tapi sebab:

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata wanita yang juga merupakan juruwang di pasar raya itu bukan disaman kerana tidak memakai sarung tangan seperti yang ditularkan. Sebaliknya, kerana dia tidak mematuhi beberapa SOP lain.

- Advertisement -

Katanya, berlaku kekeliruan mengenai video yang viral di media sosial itu sejak semalam. Difahamkan, ketika itu beliau bersama beberapa anggota pergi memeriksa pasar raya terbabit di Presint 8, Putrajaya dan telah mengeluarkan saman kepada wanita berkenaan.

Kesalahan utamanya sebagai pekerja, dia sendiri tidak daftar MySejahtera dan manual serta tidak ambil suhu badan. Saya tak saman pun pasal tidak pakai sarung tangan.”

Saya hanya menasihati juruwang wanita itu supaya memakai sarung tangan yang diberikan oleh majikannya kerana dia berurusan dengan ramai pelanggan di kaunter bayaran.

- Advertisement -

Bukan tujuan untuk saman sebab tidak pakai sarung tangan tapi klip video itu seolah-olah menunjukkan kami menyaman pekerja itu kerana tidak pakai sarung tangan.”

Orang yang edit video tu pun, betul-betul lahhh. Kan dah tak pasal viral benda-benda macam ni. Buat orang keliru je.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL