spot_img

Pedih CZER Belum Pulih. Ibu Diuji Bayi ‘Pergi’ Dalam Pangkuan

- Advertisement -

TAK dapat digambarkan perasaan seorang ibu tatkala diuji dengan pemergian bayi buat selama-lamanya. Sebagai insan yang mengandung dan melahirkan, kehilangan si kecil sememangnya amat memeritkan apalagi ia berlaku dalam waktu tidak dijangka.

Mummy halalkan susu badan ye sayang…tak sangka perit pun belum pulih, tapi adik dah ‘pergi’

Menerusi Facebook, Puan Nurul Atikah berkongsi moment  duka mengenai pemergian anaknya iaitu Muhammad Yusuf Mikael ketika berada dalam pangkuannya.

Lebih meruntun jiwa lagi apabila ibu ini mengadu bahawa perit Czer sewaktu melahirkan si kecilnya masih belum pulih, tetapi sudah diuji dengan kehilangan tersebut.

- Advertisement -

- Advertisement -

Berdasarkan sebuah foto yang dimuat naik, dapat dilihat wajah sugul wanita ini menatap jasad kaku anaknya buat kali terakhir.

Doktor bagi ubat untuk adik tidur. Mummy & Abah reda.

Difahamkan, sebelum ini Muhammad Yusuf pernah pernah di masukkan ke ICU berikutan komplikasi saluran pernafasan yang terlalu sempit. Mengenangkan keadaan bayinya semakin kritikal, Puan Nurul dan suami juga sudah dimaklumkan untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku.

Meskipun kenyataan itu perit untuk diterima, namun dia reda dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap si comel berkenaan walau cuma seketika.

- Advertisement -

Status terkini Puan Atikah dilaman sosial facebook beliau. Sedihnya..

Patut mumy rasa nak sangat fotoshoot adikk

Mumy rasa nak sangat tema warna putih…

Mumy ingat lagi sebelum dik masuk hospital mumy tengah masak,dik tengok mumy renung mumy dik tenung mumy…

Dua hari sebelum tu adik xberapa mau dekat mumy nak abah jaaa,rupanya adik xmau mumy sedih

Dik separuh nafas mumy hilangg dunia gelap dik..hanya lafaz allahuakbar ja mumy laungkan waktu adik tinggai mumy…

Sakit dikk,mumy sakit bila tgok barang dik..

Tiap hari p melawat dik kat hospital mumy bawa botol susu dik wlaupn mumy tau dik xboleh mnum tapi mumy bawa sbb mumy rasa adik lapar,mumy bawa baju dik sbb mumy nak dengaq doc cakap adik boleh balik..

Tapi mumy bawa adik balik siap mandi n kapan..wanggi sangat sayang mumy…

Main la ditaman syurga sayang mumy

Adik pi dalam keadaan mumy tak bersedia

Dalam keadaan mumy tak jangkaa

Mumy pejam mata tadi dik sebab mumy nak semua ni mimpi bukan kenyataan dik

Tapi Allah sayang adikk..

adik tunggu mumy sayanggg

Walaupun ped1h mumy cuba redhaa syg

Al-Fatihah untuk anak syurga sayang adik Muhammad Yusuf Mikael..

Sumber : Facebook Nurul Atikah

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL