spot_img

“Keputusan Paling Bodoh Pernah Aku Buat” – Anak Ini Meninggal Akibat Influenza Kerana Lambat Dirawat

- Advertisement -

BAGAI hilang separuh nyawa apabila anak yang dikandung sembilan bulan pergi terlebih dahulu mengadap Sang Pencipta.

Kisah duka yang dikongsikan Farrah MekLehs cukup terkesan dan memberi pengajaran serta pedoman buat ibu bapa lain. Andai si kecil tidak sihat, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Arwah anaknya, Nik Mohamad Mu’adz meninggal dunia pada usia dua tahun akibat jangkitan Influenza B. Jelasnya, penggunaan ubat masuk punggung untuk meredakan demam adalah merbahaya dan mempunyai risiko.

- Advertisement -

Ibu ini turut merayu ibu bapa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengetahui dos yang sesuai untuk kanak-kanak.

Tak pernah tak sayang. Maafkan mama kalau gagal menjaga Mu’adz. Sebelum arwah pergi, petang tu dia beriaria ajak main, pegang pipi mama cakap meow mewo tapi mama sibuk tengok tv. Bodohnya mama masa tu, mama tak sedar itu tanda-tanda awak nak tinggalkan mama selama-lamanya.

“Pada 23 Januari sekiranya arwah masih ada, genaplah umurnya 4 tahun. Arini aku cita sikit macam mana arwah pergi meninggalkan kami, dia salah seorang mangsa influenza.

“Yang pasti kami suami isteri tak tahu dimana arwah dapat jangkitan (tapi kami ade ke airport hantar family pergi umrah) Influenza ni cepat merebak dan kena cepat dapatkan rawatan, jangan jadi macam aku kerana sibuk oncall, anak demam lambat dapatkan rawatan.

- Advertisement -

“Pada 11/11/18, 3am arwah dah start demam dan aku bagi supp VOREN alhamdulillahhh demam kebah. Pada pukul 7pm pada hari sama arwah demam lagi, supp VOREN diberi lg tapi demam tak turun, aku buat tepid sponging (mandi berjelum) tapi masih tak kebah.(dalam masa sama dilema nak pergi klinik untuk rawatan sebab aku oncall tak tahu nak pass kat sape. Inilah keputusan paling bodoh sekali yang pernah aku buat).

Ni gambar beberapa jam sebelum arwah brain death. Anak syurga ni masih ketawa masa suhu 40.4’C. Setiap kali tengok gambar ni air mata tak putus-putus mengalir. Mama betul-betul rindukan Mu’adz sayang.

“Kol 10pm anak dah start menggigil demam 40.4 darjah, arwah masih boleh senyum. Nak tak nak, redah je ke klinik swasta. Sampai sana alhamdulillah takde patient, masuk jumpa Dr. (yang ni part paling aku nak marah sampai nak saman Dr nih).”

“Dr cuma amek temp tanpa sentuh anak aku, cakap tanya demam bila, tak cek pernafasan ke ape, cek tekak pon tak. Dia cakap demam biasa sebab aku dah bagi supp VOREN.”

- Advertisement -

“Dr tak bagi ubat dah, katenye balik jelum je. Balik dari klinik dengan tanpa ubat, aku tak sedap hati direct ke HTAA. Otw ke hospital, anak aku macam dah drowsiness dah. Pastu dia start sawan. Aku dalam kereta rase lama sangat perjalanan nak smpai ke hospital.”

“Sampai ke hospital terus masuk red zone. Arwah masih drowsy lagi. Dr bagi supp valium dengan supp paracetamol dan on oksigen high flow mask. Dalam masa sama kane mandi berjelum. Anak aku dah menggigil. Team peads dah datang dan suruh admit.”

“Otw nak naik, anak sawan lagi. Iv valium diberi lagi. Lebih kurang pukul 1am ade dekat atas kena temuramah dengan HO. Anak aku tidur. (kurang sikit risau, tapi sebenarnya mase tu la anak aku dah start nak brain death).”

“Aku tukar shif dengan papa dia jaga arwah. Si abang tak boleh naik, jadi aku decide untuk balik memandangkan abang penat nak tido ( mase tu aku terlalu mengantuk, tak tahulah kenape). Lebih kurang pukul 3am, papa dia call guna telefon hospital katanya anak kritikal, dah buat CPR. Aku menggigil, tinggalkan abangnya pada kakak Balqis.”

“Sampai di wad, anak aku ditolak ke picu. Wayar berselirat di seluruh tubuh arwah. Aku tanya suami aku kenapa jadi makin teruk? Suami aku cakap Dr suruh lap badan anak pastu anak berak banyak sangat.”

“Lepas tukar pampers, arwah berhenti bernafas, suami angkat dia dan tepuk banyak kali dan akhirnya bernafas + muntah darah. Doktor datang dan tolak arwah ke bilik rawatan. Lepas check doktor keluar dari bilik rawatan doktor beritahu tiada harapan dah sebab arwah internal bleeding dan dah brain death. (Aku dengar brain death terus rase luruh jantung, dengan kata lain, ank aku dah tak ada).”

“Tapi suami aku suruh doktor selamatkan jugak. Jadi doktor buat CPR dan beri bantuan pernafasan ventilator. Luluh hati aku, aku tahu aku hanya melihat jasad anak aku. Aku tak mampu nk beritahu suami apa sebenarnya berlaku, dia sangat rapat dengan arwah.”

“Dalam masa sama aku berdoa supaya diberikan keajaiban, kebetulan semua family aku ada di Mekah. Aku minta mereka doakan dan solat hajat untuk ank aku.”

“Hari berganti hari tapi keadaan arwah masih sama. Pada hari khamis 15/11/18, doktor putuskan untuk menukar ventilator kepada bantuan pernafasan lain (aku dah lupa nama dia + aku takde kat situ sebab balik umah untuk mandi).”

“Dapat panggilan dari suami beritahu arwah dah sangat kritikal. Sampai sana, arwah hembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05am. Dia pergi dalam keadaan aku keseorangan, semua family tiada untuk uruskan arwah. Mujurlah saudara terdekat ada dan sedia hulurkan bantuan.”

“Diagnosis arwah semasa meninggal meningoencephlitis tapi itu bukan final diagnosis sebab masih ade beberapa test masih pending. Beberapa hari selepas arwah pergi, result swab ETT sampai, ternyata arwah pergi kerana influenza B. Dan baru aku tahu pemberian VOREN menyebabkan dia makin teruk. (Maafkan mama, mama tak tahu baby kena influenza).”

“Dari dulu lagi arwah guna supp VOREN untuk turunkan suhu badan. Alhamdulillah takde pape, tapi hari tersebut (mungkin sudah tertulis ajalnya). Supp VOREN telah buat anak aku brain death dan pergi selama-lamanya.”

Ni sebab kematian arwah tapi ada beberapa test masih pending. Sampai sekarang aku masih tersebut nama arwah bila panggil baby Fatima. Aku terlalu rindukan dia tapi Allah lagi sayangkan dia.

 

“Pesanan aku buat ibu bapa di luar sana, kita tak tahu anak kita demam sebab ape. Untuk keselamatan, gunakan supp paracetamol sahaja (mengikut berat anak dan dos) bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.”

“Sekarang aku sedar, aku belum cukup ilmu, sekadar mendengar pendapat kawan2 dalam merawat anak. Kadang2 rasa sangat2 bersalah pada arwah. Lebih baik jumpa doktor sebelum memberi ape2 ubatan pada anak.”

“Pada anak mama, Nik Mohamad Mu’adz. Maafkan mama tidak menjaga baby dengan baik & tidak menjadi mama yang baik. Mama rindu baby. Hero mama sentiasa berada di dalam hati mama, jumpa nanti di syurga.”

“Dan aku redha dengan pemergian anak tercinta. Aku telah di diagnosed dengan depression (MDD), hanya masa mengubati nyawaku yang separuh hilang. Alhamdulillah aku semakin pulih dari MDD walaupun masih dalam rawatan. Bukan senang menerima hakikat, berat mata memandang, berat sangat bahu ini yang memikul.”

Jagalah amanah Allah sebaik2nya, curilah masa untuk bermain2 dengan mereka. Jangan sampai 1 masa kita menyesal dan kita tidak dapat mengundurkan masa itu. #NikMohamadMuadz #23/1/16-15/11/18#Alfatihah#AnakSyurga#influenzaBvictim

Al-Fatihah.

Jangan guna ubat ini jika: Demam baru sehari. Tidak diketahui demam tersebut berpunca daripada apa. Berumur kurang setahun. Kawasan rumah mempunyai kes denggi.

Ubat ini dikenali dengan suppository diclofenac iaitu ubat yang dimasukkan ke dalam dubur sama seperti Supp Paracetamol untuk merawat demam. Selalunya supp diclofenac ini digunakan sebagai ubat tahan sakit tetapi ia juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu ketika demam.

Dalam gambar ini ianya adalah brand voren. Tetapi apa-apa brand lain yang mengandungi diclofenac juga adalah ubat yang sama.

Ibubapa selalunya lebih suka menggunakan ubat jenis ini kerana ia dapat mengurangkan suhu badan pesakit dengan lebih berkesan berbanding PCM.

Cuma masalahnya apabila mereka yang mengalami demam denggi mengambil ubat ini, pesakit akan mempunyai 2 risiko iaitu:
Kerosakan hati
Demam denggi berdarah

Kajian telah dibuat dan mendapati mereka yang mengambil ubat jenis diclofenac iaitu ubat tahan sakit jenis NSAIDs ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi kerosakan hati dan demam denggi berdarah. Bahkan kadar kematian juga semakin meningkat ketika mengambil ubat jenis ini.

Bila boleh tahu seseorang itu tidak menghadapi demam denggi ataupun tidak?

Selalunya adalah pada hari yang ke-3 setelah anak anda mengambil darah dan keputusan darah itu menunjukkan anak anda bukan menghadapi demam denggi.

Jika doktor kata boleh ambil ubat ini lepas daripada ujian darah itu, silakan. Tetapi jika doktor masih suspek denggi juga, lebih baik jangan ambil.

Selagi mana anda tidak mengetahui punca kepada demam tersebut dan doktor tidak memberi kebenaran untuk menggunakannya, dilarang untuk memberi ubat ini kepada anak anda. Sebab mudharat yang mungkin akan berlaku adalah lebih teruk berbanding faedah yang anak anda akan dapat.

Ubat ini boleh digunakan jika:
Telah diketahui punca kepada demam tersebut(darah telah diambil dan menunjukkan ia bukan disebabkan demam denggi)
Sebagai ubat tahan sakit
Tiada alahan kepada ubat ini.

Patutlah arwah dapat internal bleeding 

sumber : TheDiagnosa

[Elakkan Ubat ini jika anak anda demam selesema]

Hujung-hujung tahun ini terdapat sedikit sebanyak peningkatan kes yang melibatkan jangkitan influenza.

Sehingga mana terdapat hospital dan klinik swasta yang kehabisan ubat anti-viral untuk melawan jangkitan kuman influenza iaitu Tamiflu(Oseltamivir).

Tetapi yang paling dirisaukan adalah penggunaan ubat masuk punggung Supp Diclofenac yang digunakan pada kanak-kanak.

Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko untuk mengalami masalah Acute Necrotizing Encephalopathy.

Dalam penyakit ini, sebahagian sel dalam otak akan mati menyebabkan otak tidak dapat menjalankan fungsinya.

Selalunya pesakit akan mempunyai simptom
Perubahan dalam tingkah laku
Kelihatan letih
Tidak sedarkan diri
Sawan

Kebanyakan daripada pesakit ini juga akan mengalami kematian otak dan tidak mudah untuk diselamatkan.

Kesimpulan

Jika anak anda mengalami demam, batuk dan selesema, gunakan ubat yang mempunyai paracetamol sahaja termasuk ubat punggung.

Elakkan pengambilan ubat diclofenac termasuk ubat suppository diclofenac untuk mengelakkan masalah acute necrotising encephalopathy.

Sumber : Facebook Farrah MekLehs

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL