spot_img

Dia Dulu Mati Kerana Cintanya Pada Firaun, Lalu Rohnya Dari Zaman Mesir Purba ‘Lahir’ Semula Ke Dalam Tubuh Dorothy

- Advertisement -

Anda percaya dengan kisah-kisah penjelmaan semula atau disebut reincarnation? Memang ia sukar diterima akal, bahkan sains juga tidak dapat mencari jawapan tepat untuk keanehan fenomena ini.

Ada banyak kes reincarnation. Salah satu yang popular adalah yang berlaku pada wanita bernama Dorothy Louise Eady.

Dorothy lahir pada 16 Januari 1904 di kota London dan merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri bangsa Ireland. Ketika berusia tiga tahun, Dorothy jatuh dari tangga dan disahkan meninggal dunia oleh doktor. Namun, keajaiban berlaku. Dorothy kembali sedar dan sihat semula.

- Advertisement -

Tetapi, ada keganjilan pada kesedaran Dorothy yang mula berkelakuan aneh. Hampir setiap hari dia merengek meminta kepada ibu bapanya agar dia dibawa pulang ke rumahnya. Walhal mereka sedang berada di rumah sendiri.

Sewaktu berusia empat tahun, Dorothy dibawa melawat muzium British. Semasa berjalan di kawasan artifak dan peninggalan Mesir purba, Dorothy jadi teruja. Ketika melihat foto sebuah runtuhan kuil lama Seti I (Firaun yang memerintah dari 1290 SM sehingga 1279 SM) dalam sebuah bingkai gambar, Dorothy berulang kali memberitahu orang tuanya bahawa di situ lah rumah sebenarnya.

Bahkan, dia berjalan melingkari patung arca Mesir kuno itu sambil mengucup kaki patung itu. Dorothy berkeras mahu tinggal di situ sehingga ibu bapanya terpaksa membawanya pulang secara paksa.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, guru Dorothy turut meminta gadis itu diasingkan dari kelas kerana gadis kecil ini mula membandingkan agama Kristian dengan kepercayaan Mesir kuno.

Semakin lama, Dorothy kian taksub tentang zaman Mesir purba. Seorang pengkaji sejarah yang bertugas di muzium British sudi mengajar Dorothy tentang tulisan hiroglif yang digunakan oleh kerajaan Mesir purba. Amat memeranjatkan apabila dalam masa singkat, Dorothy mampu mempelajari aksara kuno itu dalam usia yang terlalu muda.

Pada usia 15 tahun, Dorothy menyibukkan diri di perpustakaan untuk membaca segala buku-buku berkaitan Mesir purba. Ketika ini, dakwa Dorothy dia bermimpi didatangi roh Hor-ra selama setahun.

- Advertisement -

Siapa Hor-ra?

Roh Hor-ra dikatakan seorang gadis muda yang hidup semasa zaman pemerintahan Firaun Seti I. Zaman hidupnya dahulu, gadis ini dikenali dengan nama Bentreshyt. Ibunya seorang penjual sayur manakala bapanya seorang askar yang berkhidmat untuk Seti I.

Semasa usia Bentreshyt tiga tahun, ibunya meninggal dunia. Kerana tidak mampu untuk membesarkannya, Bentreshyt diserahkan bapanya ke kuil Seti I. Gadis ini dibesarkan menjadi seorang pendeta wanita, golongan ahli agama.

Namun, apabila Bentreshyt bertemu dengan Seti 1, mereka jatuh cinta. Hubungan rahsia itu akhirnya membuatkan Bentreshyt hamil, sedangkan antara seorang paderi dan Firaun adalah dilarang menjalin hubungan.

Enggan skandalnya dengan Firaun Seti I terbongkar, gadis ini akhirnya mengambil keputusan membunuh diri. Dan roh gadis ini lah yang dikatakan telah menjelma kembali ke dalam tubuh Dorothy.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL