spot_img

DUYUNG : Benarkah Makhluk Separuh Manusia Separuh Ikan Ini Wujud?

- Advertisement -

Duyung, makhluk yang dikatakan separuh manusia dan separuh ikan yang amat popular dalam kisah-kisah legenda masyarakat di seluruh dunia. Duyung diceritakan secara meluas sama ada dalam cerita rakyat, kesusasteraan termasuk diterjemah ke layar filem.

Tahukah anda, legenda ikan duyung ini digarap berbeza mengikut kepercayaan masyarakat di sesuatu tempat. Ini antara kisah-kisah tentang duyung dari pelbagai tempat.

1.THE KAAIMAN

Di Afrika Selatan, duyung bukan dianggap sekadar mitos, namun mereka percaya kewujudan makhluk separuh manusia dan ikan ini yang dipanggil ‘Kaaiman’. Kali terakhir Kaaiman dilaporkan dilihat pada tahun 2008 di daerah Swellendam.

Kaaiman, duyung kepercayaan masyarakat di Afrika Selatan.
- Advertisement -

Daniel Cupido bersama rakan-rakannya sedang berkhemah di sebatang sungai di perkampungan Suurbraak, Swellendam. Lebih kurang jam 11.30 malam, dia terdengar bunyi percikan air yang kuat diiringi suara aneh. Dia turun ke sungai, dan melihat kelibat seorang wanita di dalam air.

Ketika cuba menghampiri, dia terhenti apabila wanita itu menoleh. Mata wanita itu merah bercahaya. Kulitnya putih, rambutnya hitam panjang. Bahkan, beberapa rakan Daniel yang lain turut melihat kelibat duyung itu sebelum ia terjun dan hilang ke dalam air.

Sebelum itu, kali terakhir kelibat Kaaiman dilaporkan 15 tahun sebelum yang dilihat Daniel. Orang-orang tua di sini selalu berpesan kepada anak-anak mereka supaya berhati-hati apabila melihat Kaaiman kerana mereka percaya, makhluk ini mampu menenggelamkan mangsanya melalui tipu daya.

2.THE DEERNESS MERMAID

- Advertisement -

Bermula pada tahun 1890, penampakan beberapa ekor ikan duyung mula dikenal pasti sewaktu musim panas di Scotland. Namun, yang paling terkenal sehingga ke hari ini tentulah Deerness Mermaid. Ikan duyung ini dikatakan akan memperlihatkan dirinya kepada orang ramai yang berkunjung. Mereka menggambarkannya sebagai ikan duyung yang berketinggian hampir tujuh kaki, memiliki kulit yang putih pucat, tangan yang panjang dan berambut hitam. Selepas musim panas, ikan duyung ini akan menghilang ke dalam air yang keruh semula.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL