spot_img

Ibu, Saya Sedih. Tiada Siapa Mahu Cium Wajah Saya Yang Hodoh

- Advertisement -

Suatu malam pada bulan Jun tahun 2011, berlokasi di Bam, sebuah bandar kecil di selatan Iran, Somayeh Mehri yang berusia 29 tahun sedang lena tidur di samping dua anak perempuannya – Nazanin,5, dan Rana yang berusia 3 tahun.

Tiba-tiba… arghhh!

Somayeh meraung kesakitan. Seluruh wajah dan badannya terasa panas seperti dibakar hidup-hidup. Dia merasa kulitnya seakan mencair.

- Advertisement -

Bukan hanya Somayeh, anak bongsunya Rana juga meraung kesakitan. Jeritan kedua beranak itu memecah keheningan malam itu. Jiran-jiran datang ke rumah mereka. Namun, mereka menghadapi kesulitan untuk memberi pertolongan secepat mungkin lantaran elektrik di rumah itu telah diputuskan. Lampu tidak dapat dihidupkan. Dalam keadaan gelap itu, Somayeh dan Raana terus meraung dan menjerit, berguling-guling menahan sakit. Kulit mereka terus mencair.

Apa yang berlaku?

Semasa lena diulit mimpi, suami Somayeh bernama Amir Afghanipour diam-diam masuk ke dalam bilik. Sebelum itu, dia terlebih dahulu memutuskan kabel elektrik di rumah itu.

- Advertisement -

Di tangannya sudah sedia membawa satu baldi cecair. Tanpa belas kasihan, Amir menyimbah cecair itu ke arah isteri dan anak-anaknya yang sedang lena tidur.

Asap berkepul memenuhi ruang bilik. Serentak itu suara teriakan isteri dan anaknya kedengaran. Masakan tidak, Amir menyimbah asid kepada anak dan isterinya.

Disebabkan dia telah memutuskan bekalan elektrik, keadaan jadi lebih sukar. Akibatnya, lelehan asid telah membaham Somayeh dan Ra’na.

- Advertisement -

Puncanya? Kerana Somayeh meminta cerai dari Amir.

Hakikatnya, sudah lama wanita ini memendam rasa hidup dengan suaminya, seorang penagih dadah dan pencuri. Somayeh sering didera, dipukul dan dikurung.

Kerana tidak tahan dengan keadaan itu, dia bertindak berani dengan menuntut cerai dari suaminya. Namun, Amir dari awal telah memberi amaran, jika Somayeh mahu bercerai, dia tidak akan melepaskan wanita itu dengan wajah asalnya. Amir mengugut akan akan menyimbah asid kepada isterinya itu.

Pun begitu, Somayeh tetap mahukan perceraian kerana sudah tidak tahan hidup menderita. Akibatnya, Amir mengotakan apa yang dikatakannya. Bukan hanya terhadap si isteri, namun dia turut menjahanamkan masa depan anaknya, Rana yang ketika itu baru berusia tiga tahun.

Wajah Somayeh sebelum disimbah asid oleh suaminya.

Akibat insiden itu, hampir seluruh tubuh Somayeh terbakar dan mencair. Ia turut merosakkan paru-parunya, termasuk sistem pernafasannya. Kedua-dua mata Somayeh menjadi buta. Manakala Rana pula, hampir 60 peratus tubuhnya terbakar akibat simbahan asid itu. Malah sebelah matanya turut buta. Anak sulung mereka, Nazanin hanya cedera ringan.

Ekoran insiden itu, Amir ditahan dan dipenjarakan.

Keadaan Somayeh dan Rana selepas disimbah asid.

Impian Yang Tidak Kesampaian

Tragedi pahit itu mengubah hidup Somayeh. Dia akhirnya bebas daripada suami yang kejam, namun sisa hidupnya dipenuhi derita ekoran perbuatan suami.

Somayeh dan kedua-dua anaknya kemudian tinggal bersama ayahnya, Reza Mehri yang berusaha mendapatkan bantuan dan rawatan untuk anak dan cucunya itu.

Masa mereka banyak dihabiskan dengan berulang alik dari rumah mereka di Hemmatabad ke hospital di Tehran. Bahkan, ayah Somayeh terpaksa menjual harta benda dan tanah mereka untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan anak cucunya.

Somayeh dan dua anaknya, Nazarin dan Ratna. Sayangnya, impian Somayeh untuk menuntut keadilan tidak kesampaian apabila dia akhinya meninggal dunia 4 tahun selepas peristiwa hitam itu.

Kedua-dua beranak ini terpaksa melalui banyak siri pembedahan untuk satu tempoh yang lama. Mengikut doktor, Somayeh perlu kan hampir 100 siri pembedahan dari masa ke semasa. Manakala Rana pula memerlukan lebih 70 pembedahan supaya dia dapat membesar dengan normal, namun tetap mengalami kecacatan kekal.

Tragedi itu meninggalkan kesan mendalam. Somayeh menuntut keadilan dan dia mahu menyaksikan Amir menerima hukuman kelak. Tetapi, impiannya tidak kesampaian.

Pada 13 April 2015, pada usia 33 tahun, Somayeh akhirnya meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan setelah empat tahun berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat penderitaan yang ditinggalkan suaminya.

“Saya sayang ibu. Tiada sesiapa yang mahu mencium kita lagi,” kata Rana yang digambarkan dalam foto dia sedang mencium ibunya.

Menurut Rana, sejak wajah dia dan ibunya menjadi buruk, tiada sesiapa yang mahu mencium mereka lagi.

Foto Somahyeh dan Rana telah dirakamkan oleh seorang jurugambar Iran, Ebrahim Noruzi di bawah tajuk ‘Victims of Forcerd Love’ pada tahun 2013 dan memenangi anugerah pertama World Photo Press bagi kategori ‘Observe Portraits Section’.

Rana memegang foto dia dan ibunya yang memenangi anugerah foto terbaik pada tahun 2013.

Di Iran, kes simbah asid sering berlaku. Mangsa utama adalah kalangan wanita. Punca utama kerana dendam, perceraian atau menolak perkahwinan yang diaturkan. Stigma masyarakat di sana, wanita harus mengikut segala yang dikatakan ahli keluarga lelaki mahupun suami.

Kerana itu, wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa utama disimbah asid apabila mereka menuntut cerai atau enggan berkahwin mengikut arahan keluarga. Salah seorang daripadanya, Somayeh Mehri!

Wajah terbaru Nazarin yang berusia 14 tahun dan adiknya Rana yang berusia 12 tahun. Rana telah menjalani beberapa siri pembedahan hasil bantuan daripada pelbagai pertubuhan kemanusian.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL