spot_img

Nak Juga Jogging Di Taman Awam, Akhirnya Di Saman Ingkar PKP

- Advertisement -

MELAKA – Seramai 17 individu termasuk sekumpulan penjawat awam masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 kerana berjoging di Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka, pada petang Ahad.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, semua individu berusia antara 13 hingga 41 tahun itu dikompaun di bawah Peraturan 10, Perintah Kawalan Pergerakan dan Penyakit Berjangkit 2021.

Beliau berkata, dalam kejadian sekitar jam 6 petang semalam, sepasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sedang melakukan rondaan, sebelum mendapati kira-kira 36 individu sedang melakukan aktiviti joging di kawasan berkenaan.

- Advertisement -

Bagaimanapun ujarnya seperti dilapor portal Astro Awani, 19 individu berjaya melarikan diri bagi mengelak dikenakan kompaun meskipun mereka sedia maklum semua taman rekreasi di negeri ini tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dekat taman tu awalnya kita hendak tahan 36 orang, tetapi kita berjaya kompaun 17 sahaja, disebabkan dalam tempoh campur tangan tu, 19 lagi lari.

“Dalam usaha yang kita sama-sama nak mengekang COVID-19 ni, di Melaka khususnya, episod macam ni tak sepatutnya berlaku.

- Advertisement -

“Saya ingin menegaskan sekali lagi, sebagai penguatkuasa, saya dan pegawai saya berpegang kepada rule of law, perlembagaan dan undang-undang yang ada dan kita akan jalankan amanah sepenuhnya untuk laksanakan undang-undang ini kerana kita bersama-sama Kerajaan Negeri Melaka bersama Ketua Menteri untuk kurangkan COVID-19 di Melaka ni,” ujar Abdul Majid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Isnin.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.

- Advertisement -

Bagaimanapun aktiviti riadah seperti joging dan berbasikal hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan sahaja dan terhad kepada dua orang satu rumah.

Mengulas lanjut, ujar Abdul Majid, memandangkan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu bukan sesuatu yang baharu, pihak polis tidak akan lagi berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba melanggar perintah berkenaan.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL