spot_img

PKP Atau PKPB: ‘Tunggu Keputusan Muktamad MKN’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengumuman muktamad mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada berakhir 4 Februari atau dilanjutkan hanya akan diputuskan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apa yang disebut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam belum muktamad.

Katanya, kenyataan Dr Noor Hisham semalam hanya membayangkan kemungkinan PKP ketika ini tidak dilanjut dan mungkin digantikan dengan PKP Bersyarat (PKPB) sebagai mengulas spekulasi PKP ketat seperti Mac lalu akan kembali dilaksanakan selepas 4 Februari.

- Advertisement -

“Kerajaan dalam hal ini menerima pelbagai maklum balas. Ada yang bersetuju penutupan penuh (seperti PKP Mac lalu) atau lockdown dan ada pula yang mahukan sebaliknya.

“Justeru, keputusan kerajaan nanti adalah setelah melihat secara keseluruhan iaitu aspek kesihatan dan juga dalam usaha melindungi rakyat miskin, peniaga kecil yang bergantung pendapatan harian,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu timbul desas-desus penutupan penuh ekonomi dilakukan selepas 4 Februari kes baharu COVID-19 belum dapat dikurangkan.

- Advertisement -

Ini sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi ketika ini.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham ketika ditanya semalam menjangkakan PKP tidak akan dilaksanakan lebih empat minggu bagi mengelakkan kesannya kepada ekonomi.

Sementara itu, jelas Ismail Sabri, spekulasi yang ditularkan mengenai penutupan penuh ekonomi seperti mana PKP Mac lalu telah menyebabkan situasi pembelian panik.

- Advertisement -

Justeru, katanya, Dr Noor Hisham memberi bayanan kemungkinan bentuk tindakan kerajaan selepas 4 Februari ketika ditanya isu yang ditularkan.

“Jadi, KP Kesihatan umum untuk redakan keadaan. Tetapi keputusan sebenar hanya dibuat setelah KKM dan kementerian terlibat berbincang dengan MKN untuk tindakan seterusnya.

“Ini supaya kepentingan semua dijaga. Insya-Allah nanti kita umum,” katanya.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL