spot_img

Kisah Mlsteri UUM Dan Bukit Kachi Sintok Bahagian 1.

- Advertisement -

University Utara Malaysia (UUM) ini terkenal dengan pelbagai kesah misterinya bermula dari ianya dibuka seawal tahun 1990 an dahulu sehinggalah sekarang .

Ada pelbagai versi kesah kesah seram dan misteri yang mengelubungi Institusi ini yang disampaikan dari mulut kemulut yang mana kesahihan kesahnya tidak dapat dipastikan kebenarannya .

Dan kesah yang paling terkenal adalah kesah bagaimana AlMarhum Dato Harun Din telah bertungkus lumus membersihkan UUM pada masa itu dari gangguan makhluk makhluk halus yang menjadikan tapak UUM sebagai sarang dan tempat kediaman mereka .

May be an image of bicycle and text that says "DEWAN PENGINAPAN PELAJAR BANK RAKYAT SME BANK"
- Advertisement -

Diceritakan bahawa AlMarhum Dato Harun Din yang telah berjaya didalam usahanya menangkap makhluk makhluk halus itu telah membawa keluar makhluk tersebut dengan menggunakan beberapa buah bas dalam misi untuk membuangnya ke tempat yang lebih sesuai .Dan tentunya pilihannya adalah dilautan melalui Kuala Kedah.

Diceritakan lagi , dalam rombongan bas yang dipenuhi oleh makhluk makhluk halus itu , sewaktu bas itu sampai dikawasan Napuh , Changlun , beberapa ekor dari makhluk halus itu telah dapat melarikan diri dan telah menjadikan kawasan Napuh ini sebagai tempat kediaman terbaharu mereka .

Oleh sebab itulah kawasan ini dikatakan keras dan sering terjadi pengguna pengguna jalan raya diganggu sehingga kerap kali berlakunya kemalangan jalanraya maut dikawasan ini.

- Advertisement -

Mungkin secara kebetulan , saya sendiri pun pernah mengalami situasi yang menyeramkan dikawasan Napuh ini .

Ini berlaku apabila pada suatu hari semasa saya melalui kawasan ini diwaktu malam bersama anak perempuan bongsu saya , kenderaan yang saya pandu telah dikejar oleh cahaya api bewarna merah dalam jarak kira kira lima ratus meter sebelum ianya menghilang secara tiba tiba .

May be an image of mountain, sky and tree

Saya yang telah memandang melalui cermin pandang belakang pada mulanya menjangkakan ada motorsikal yang dipandu laju terjatuh lalu bergesel diatas jalanraya dan mengeluarkan percikan bunga api.

- Advertisement -

Bagaimana pun jangkaan saya itu tidak benar kerana salepas saya memberhentikan kenderaan sejurus cahaya api itu hilang , saya dapati kenderaan dibelakang saya tidak berhenti sebaliknya telah memotong kenderaan saya dengan lajunya .

Saya telah sempat bertanyakan kepada anak bongsu yang berusia lapan tahun pada ketika itu mengenai cahaya api yang mengejar kenderaan saya namun anak saya tidak menyedarinya dan tidak nampak semua kejadian yang berlaku .

Ada banyak lagi kesah misteri yang berlaku dikawasan Napuh ini antaranya yang paling kerap ditemui adalah kejadian keranda terbang .Bagi pembaca yang berasal dari kawasan Jitra , Changlun dan khususnya kawasan Napuh boleh mengesahkan kejadian misteri dan seram ini.

Kesemua kejadian kejadian ini telah dikaitkan dengan kesah beberapa ekor makhluk halus yang telah dapat melepaskan diri dari rombongan bas yang membawa mereka yang diusahakan oleh AlMarhum Dato Harun Din .

Apa pun kesah rombongan bas yang membawa beratus ratus ekor makhluk halus ini tidak pernah disahkan oleh sesiapa maupun oleh AlMarhum sendiri .Dan kekalkan kesah itu menjadi suatu kesah misteri sehinggalah pada masa sekarang .

Berbalik kepada kesah misteri di UUM ini .Para pembaca setia saya tentunya masih ingat akan penceritaan saya mengenai Pesawat Pilatus PC 7 MK II yang telah jatuh terhempas sewaktu majlis Perasmian Expo Konvokesyen UUM yang telah mengorbankan nyawa jurulatih TUDM , Mejar Zulrizan pada tahun 2010 dulu.

May be an image of mountain, cloud, nature and tree

Saya yang berada dilokasi kemalangan bersama team penyelamat dari Bomba , Polis dan Pihak UUM sendiri telah bertungkus lumus untuk mencari mangsa dikawasan sekitar nahas namun setelah hampir sejam mayat mangsa masih tidak dijumpai .

Ini suatu situasi yang agak aneh , oleh kerana tidak mungkin mayat mangsa akan tercampak bagitu jauh dari kawasan kemalangan .

Atas cadangan beberapa orang anggota dari team penyelamat satu majlis bacaan doa selamàt telah diadakan ditempat nahas dan sejurus selepas selesai bacaan doa selamàt , mayat mangsa telah dijumpai dalam jarak lebih kurang lima belas meter dari bangkai Pesawat .

Yang pelik dan anehnya mayat mangsa telah dijumpai bersebelahan sebatang pokok besar dalam keadaan yang amat sempurna .Pada hal kawasan tempat dijumpai mayat mangsa itu telah dilalui beratus kali oleh anggota pasukan penyelamat sebelum ini .

Saya juga difahamkan selepas dari kejadian tersebut , seorang pelajar UUM telah kerasukan dan dalam masa kerasukan itu telah mengaku mayat mangsa telah disorok olehnya iaitu makhluk halus .

Oleh kerana saya telah menerima banyak maklumat mengenai kehadiran PATI yang ramai di Bukit Kachi berhampiran UUM yang ketika itu dalam pembenaan tempat penginapan pelajar yang baru diluar kawasan kampus utama , saya telah mengaturkan satu operasi bersama antara PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat pemeriksaan keatas PATI tersebut yang mendiami dibangunan bangunan yang masih dalam proses pembenaannya .

Dan sebelum operasi dijalankan , seperti kebiasaannya saya terpaksa membuat tinjauan terlebih dahulu untuk memudahkan perjalanan operasi sebenarnya nanti .

Dan disinilah bermulanya beberapa kesah misteri yang menyeramkan yang terpaksa kami hadapi dan yang akan menjadi sebahagian dari pengalaman kami semua dan akan terus diingati sehingga sekarang .

InsyaAllah Bersambung Pada Mlsteri Bukit Kachi 2.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL