spot_img

Masih Degil Tak Ikut SOP! Macam Mana Kes Nak Turun?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakai pelitup muka, jarakkan diri, guna sanitasi tangan dan “Stay At Home”. Itulah standard operation procedur (SOP) yang digariskan oleh pihak berkuasa kepada masyarakat bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Arahan ini ibarat ‘Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan,’ oleh segelintir rakyat Malaysia walaupun sudah setahun COVID-19 ini melanda di negara kita tetapi masih ada segelintir masyarakat yang degil dan tidak mengambil serius tentang ancaman virus tersebut.

KELIHATAN sebuah restoran memasang meja dan kerusi sambil pengunjung minum serta menghisap ‘Shisha’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Shah Alam, semalam.

Tinjauan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati masih ramai penduduk bandar raya ini yang sengaja melanggar dan tidak mempedulikan arahan tersebut.

- Advertisement -

Yang lebih berani, ada restoran yang membuka meja dan membenarkan pengunjung minum sambil menghisap ‘shisha’ di dalam premis mereka seolah-olah mereka tidak hairan dengan denda RM1,000 yang boleh dikenakan tindakan terhadap mereka.

Aktiviti sukan dan riadah sepatutnya terhad kepada dua orang sahaja tanpa melibatkan anak-anak kecil ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan diadakan di Taman Tasik Shah Alam, semalam.

Bagi kesalahan lain, ramai dalam kalangan kita yang masih tak sedar bahawa dengan memakai pelitup muka secara tidak betul seperti meletakkannya di dagu, tidak menutupi hidung, bukan sahaja salah dari segi SOP tetapi boleh mengundang virus atau bakteria di dagu untuk dipindahkan ke mulut dan hidung.

Manakala, kesalahan lain yang sering dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini ialah orang ramai sengaja keluar beramai-ramai dan melepak di taman-taman awam serta berjalan di sekitar bandar tanpa tujuan dengan alasan ‘bosan di duduk rumah.’

Masih ada masyarakat yang melepak serta tidak memakai pelitup hidung dan mulut dengan betul serta tidak mengendahkan amaran yang di keluarkan oleh pihak berkuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan dilakukan di Kuala Lumpur, semalam
- Advertisement -

Ketika tinjauan di sebuah taman awam, ada jugak ibu bapa yang membawa anak-anak kecil beriadah sambil bermain basikal tanpa memikirkan akibat sekiranya virus ini berjangkit kepada mereka dan anak mereka.

Kegagalan masyarakat mematuhi SOP, lebih-lebih lagi penjarakan fizikal dan sosial adalah menjadi punca COVID-19 semakin meningkat di negara kita.

Seorang penunggang motosikal tidak memakai pelitup muka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah stesen minyak di Shah Alam.

Sekiranya COVID-19 ini boleh dilihat dengan mata kasar, jangan kata pakai pelitup muka, orang yang berselubung satu badan dengan plastik pun boleh berjangkit kepada mereka.

- Advertisement -

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, COVID-19 ini tidak mengira pangkat dan sedang ‘mengganas’ di negara kita dengan setiap hari jumlah kes baharu menunjukkan peningkatan dan beberapa kali telah melebihi angka 4,000.

Masih ada masyarakat yang melepak serta tidak memakai pelitup hidung dan mulut dengan betul serta tidak mengendahkan amaran yang di keluarkan oleh pihak berkuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan di Kuala Lumpur, hari ini.

Ingat-ingatlah orang yang tersayang. Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL