spot_img

Didakwa Pegangan Saham Kecil Bersama Syarikat Tenusu, Ini Respons ‘Boss Susu’ Yang Padu

- Advertisement -

Nama Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai Boss Susu baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas topik yang mengaitkan dirinya dengan sebuah syarikat tenusu tempatan tular di media sosial.

Selepas sedar perkara itu menjadi bualan ramai, Azmi tampil memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan melalui satu hantaran di laman Facebook pada pagi ini.

“Ya, pegangan saham saya memang kecil. Ia mustahil untuk orang yang dah down dalam bisnes dan berniaga di pasar malam mempunyai banyak wang untuk memiliki saham yang besar. Pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta.

- Advertisement -

Selepas 11 tahun, nilai syarikat melonjak berlipat kali ganda atas usaha keras kami. Alhamdulillah, nilai share yang kecil itu jadi banyak juta nya,” jelasnya.

Buat anda yang masih keliru, ia berlaku selepas seorang individu mencuri perhatian ramai dengan menyenaraikan pegangan saham syarikat tenusu berkenaan. Walau bagaimanapun, Azmi hanya mempunyai pegangan saham yang kecil sahaja dalam syarikat tersebut.

Dalam pada itu, pendedahan maklumat berkaitan pegangan saham syarikat pengeluar susu segar tempatan itu difahamkan mula menjadi bualan ramai selepas Azmi memuat naik satu perkongsian di laman Facebook tentang beliau mengambil alih sebuah kilang jem terkenal di Australia.

BeFunky-collage – 2021-01-25T145234.922
- Advertisement -

Walaupun tidak memiliki pegangan saham yang besar dalam perusahaan berkenaan, Azmi bagaimanapun menjelaskan kejayaan terbesarnya adalah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia.

Sepanjang terlibat dengan syarikat tenusu berkenaan, Azmi menjelaskan bahawa mereka telah mewujudkan ratusan peluang pekerjaan dan perniagaan terutamanya kepada golongan luar bandar.

“Bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, kami berjaya angkat ramai anak-anak luar bandar di Muadzam Shah untuk menjadi tenaga kerja profesional. Kami latih dan didik mereka,” jelasnya.

- Advertisement -

Sementara itu, Azmi berkata bahawa beliau berbangga dengan perkara berkenaan apabila mahu mengulas lanjut tentang dirinya mempunyai pegangan saham yang kecil bersama usahawan berbangsa lain.

“Saya bangga boleh cerita dgn anak-anak saya bila kami bertemu dan bagaimana bapa mereka berusaha meningkatkan pendapatan golongan B40.

Bagi saudara Aliff 111, beliau mungkin bangga dan beritahu anaknya, “Papa dah malukan Boss Susu hari ini. Kita boleh tengok di Facebook bagaimana ramai orang puji Papa sebab pandai cari maklumat. Papa akan ajar anak-anak macam mana nak buat nanti.”

Alhamdulillah, saya tidak ajar anak-anak begitu. Saya ajar anak-anak untuk menjadi insan berguna supaya mereka boleh berbakti pada negara,” tambahnya lagi.

Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL