spot_img

Farm Fresh Bukan Milik Bumiputera, Lelaki Ini Mahu Warga Maya Semak Fakta Sebelum Percaya

- Advertisement -

Viral di media sosial kisah seorang individu bernama Azmi Zainal, atau lebih popular dengan gelaran ‘Bos Susu’ yang telah mengambil alih sebuah kilang jem jenama IXL di Australia. Ramai juga netizen yang tumpang bangga dengan berita tersebut.

Biarlah itu company kecik, nanti dia sendiri mati maa..' - Pernah dihina & ditertawakan, COO Farm Fresh cerita jatuh bangun perniagaan - The Reporter

Yelah kalau ikutkan, Bos Susu memang dah cukup popular dalam kalangan peminat dengan produk susu Farm Fresh nya. Lebih-lebih lagi selepas menjadi penaja program Gegar Vaganza selama dua musim. Memang ramai yang suka cara dia buat pemasaran, cukup sempoi dan tidaklah menjengkelkan.

Tapi, tiba-tiba keluar pula cerita yang rupa-rupanya, susu Farm Fresh bukan produk orang Melayu. Alamak!

- Advertisement -

Perkara itu telah disingkapkan oleh seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad semalam dan mendapat perhatian dari netizen.

Menurut Aliff, berdasarkan cariannya di Interepo, syarikat Farm Fresh Milk Sdn Bhd sebenarnya dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd. Terdapat dua individu pengarah yang bertanggungjawab menguruskan syarikat tersebut iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin.

23.3% daripada The Holstein Milk ini pula dimiliki oleh Farmchoice Food. Dalam syarikat ini, Bos Susu hanya mempunyai 1.3% sahaja dari keseluruhan syarikat. Kiranya, majoriti pemilikan syarikat tersebut bukannya dalam kalangan orang Melayu, tapi pasangan adik-beradik Loi dan Tan Chow Yin dari Singapura.

- Advertisement -

“Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim dan Bumiputera,” katanya.

Kata Aliff, niatnya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana individu, tetapi dia cuma ingin mendidik netizen untuk percaya sesuatu maklumat berdasarkan bukti.

Bahkan dalam Islam juga mengajar kita konsep ‘tabayyun’ yang membawa maksud selidik dengan teliti.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: Didakwa Pegangan Saham Kecil Bersama Syarikat Tenusu, Ini Respons ‘Boss Susu’ Yang Padu – Aku Papan Kekunci

Walaupun begitu, isu ini telah mendapat reaksi dari pelbagai dari warga maya. Ada yang masih setia dan ada juga yang terus boikot. Alahai, kalau bukan susu milik orang Melayu, tak boleh minum ke?

Reaksi warga maya

Tapi, kalau dah produk yang dikeluarkan berkualiti dan sedap, apa salahnya kalau masih nak beli, kan?

Terpulanglah pada pendapat masing-masing. Kalau tak nak beli, banyak lagi pilihan lain yang korang boleh tengok dekat kedai luar sana. Yang penting, makanan tersebut diyakini halal dan suci. Bukan sijil beli. Faham tu?

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL