spot_img

Kerana Tegur Jiran Longgokan Pasir Yang Menghalang Laluan, Wanita Ini Hampir Ditetak

- Advertisement -

Kisah yang berlaku di Lorong 8 Kg. Hulu Kuala Kedah, Kedah ini berlaku ada siang 28 Januari 2021. Cek Wanie wanita malang yang pada asalnya ingin membawa ibunya ke pusat dialisis untuk cuci darah, tidak bernasib baik kerana niat asalnya disalah ertikan oleh jirannya.

Puncanya apabila Cek Wanie dan ibunya cuba menegur jirannya berkenaan timbunan pasir yang menghalang laluan masuk ke rumah. Mereka menyuruh jirannya supaya letak pasirnya ke tepi sedikit supaya mudah orang keluar masuk di laluan itu.

Image may contain: outdoor

Tetapi tidak semena-mena jirannya tiba-tiba mengmuk dengan membaling senduk. Akibat balingan itu mangsa cuba membalasnya kembali tetapi jirannya membalas dengan mengangkat skop dan cuba menetak mangsa.

- Advertisement -

Mangsa cuba mempertahankan diri dengan menepis cubaan tetakan itu. Akibat gagal untuk menetak mangsa, cubaannya memakan diri sendiri dan telah melukainya sendiri.

Image may contain: tree, plant, outdoor and nature

Habis pergaduhan tadi, mangsa teruskan niat untuk menghantar ibunya ke pusat dialisis. Tidak cukup dengan pergaduhan tadi, jirannya cuba memprovokasi mangsa dengan mengatakan ibunya pura-pura tak boleh berjalan. Sebenarnya ibu mangsa memang seorang pemegang kad OKU. Mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak mahu panjangkan cerita dengan membuat laporan polis.

Selesai urusan dialisis tadi, apabila pulang kembali ke rumah. Cerita yang disangka telah tenang tadi rupanya tidak habis di situ. Tak semena-mena jirannya membawa anak-anaknya dan cuba memukul mangsa di luar rumahnya. Mangsa hanya keseorangan sahaja waktu itu.

- Advertisement -

Selesai memukul mangsa, anak-anak jirannya telah membuat laporan polis dengan mengatakan mangsa telah memukul maknya dan mereka. Mangsa pelik dengan apa yang berlaku sedangkan mangsa hanya seorang sahaja bagaimana beliau boleh buat seperti dalam laporan yang telah dibuat oleh anak-anak jiran.

Jadi disini siapakah yang bersalah? Tidak bolehkah sebagai jiran menegur sesama jiran jika benda itu tidak betul?

Antara komen-komen warga maya:

Warga maya minta buat laporan polis

Sumber: FB Puan Pasya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL