spot_img

Penghantar Makanan Wanita Maut, Motosikal Terbabas

- Advertisement -

Subang Jaya: Penghantar makanan wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dekat susur masuk Putra Height dari Puchong, semalam.

Dalam kejadian 6.01 petang itu, Wong Lai Yie, 30, yang menunggang Yamaha YZF- R15 dipercayai terbabas akibat permukaan jalan basah dan melanggar pembahagi jalan sebelum terpelanting.

Kakak mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong berkata, adiknya bekerja sebagai penghantar makanan sejak dua tahun lalu.

- Advertisement -

Menurutnya, ketika kejadian, mendiang dikatakan mengambil pesanan makanan di Cheras untuk dihantar kepada pelanggan di USJ, di sini.

“Saya diberitahu ketika kejadian ada pemandu lain melihat motosikal mangsa terbabas berhampiran sebuah kereta. Bagaimanapun tidak pasti sama ada motosikal adik bergesel dengan kereta itu atau tidak,” katanya.

Mereka sekeluarga memohon saksi yang melihat kejadian atau pengguna jalan raya yang merakam insiden itu melalui kamera papan pemuka untuk tampil membantu pihak polis.

- Advertisement -

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mengesahkan kemalangan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa terbabas akibat permukaan jalan yang basah, lalu melanggar pembahagi batu dan terpelanting sebelum melanggar sebatang pokok.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL