spot_img

RM50,000 Bantu 500 Pelajar Asnaf

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Rakyat Management Services Sdn Bhd menyerahkan sumbangan bantuan persiapan persekolahan berjumlah RM50,000 menerusi inisiatif Back2School 2021 kepada 500 pelajar asnaf di sekitar Selangor.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah kerjasama antara Rakyat Management Services, subsidiari milik penuh Bank Rakyat dengan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (Pekdis) Cawangan Negeri Selangor.

Ia membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari 10 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor.

- Advertisement -

Pengerusi Bank Rakyat/Rakyat Management Services Sdn Bhd, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar dalam kenyataan berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan asnaf khususnya mereka yang terjejas sumber pendapatan.

“Bantuan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban ibu bapa yang mungkin pendapatan mereka terjejas berikutan penularan pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Ia boleh membantu mereka melengkapkan keperluan persekolahan anak sempena sesi persekolahan tahun 2021,” katanya.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL