spot_img

Kisah Hebat Adik Food Panda Walker Dan Betapa Prihatinnya Orang Kulim!

- Advertisement -

Moga-moga murah rezeki adik ni selepas diviralkan.

Semalam dihadiahkan basikal oleh sekumpulan orang ramai yang prihatin. Hari ini dihadiahkan pula motosikal oleh pihak Kulim Property. Semoga adik gunakannya untuk terus mencari rezeki yang halal! Kepada yg lain, kisah ini mengajar kita erti “Jangan pernah berputus asa, rezeki Allah boleh datang dari pelbagai cara. Yang penting jangan pernah berhenti berusaha!!”

Tujuan posting ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tapi sekadar untuk pedoman hidup kita.

- Advertisement -

Petang tadi Solihah ada terbaca posting adik Bella Audri berkaitan walker Food Panda perempuan. Adik ni namanya Lin, muda lagi baru 22 Tahun. Tak ada kenderaan apa-apa. Jadi dia join Food Panda walker untuk cari kerja. Terkesan disebabkan PKP.

Bella dan suaminya serta beberapa orang geng Food Panda ada buat kutipan untuk belikan basikal untuk adik Lin. Alhamdulillah kutipan depa dah cukup dan tunggu nak beli basikal untuk adik Lin nanti. Nak dijadikan cerita, malam tadi singgah beli makan Solihah dan baru nak sembang dengan suami mengenai adik Lin.

Image may contain: outdoor

Tak sangka Allah temukan kami dalam keadaan hujan Solihah nampak dia berjalan kaki sambil galas beg Food Panda. Ya Allah sedih sangat-sangat. Terus minta suami u-turn parking terus dekat dengan adik Lin.

- Advertisement -

Solihah jumpa dia dalam keadaan baju dia basah kuyup, nampak air mata dia macam menangis.

Dalam keadaan macam tu tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang-sorang. Perempuan pula tu dengan hujan. Jadi kami tumpangkan adik Lin naik sekali walau pada mulanya dia agak segan. Kemudian terus bawak dia ke rumah pelanggan.

Image may contain: one or more people and people standing

Berkali-kali adik Lin minta maaf takut menyusahkan kami. Takut basahkan kusyen kereta sebab baju dia basah. Ya Allah, dik sesungguhnya malam ni Allah memang nak takdirkan kami bertemu adik Lin sebagai pengajaran untuk kami. Biarlah kusyen kereta tu basah nanti keringlah sendiri.

No photo description available.
- Advertisement -

Sepanjang dalam kereta, cuba berborak dengan adik Lin, bayangkan jam 11 pagi dia berjalan kaki daripada Taman Seluang ke Giant dan seterusnya ke rumah-rumah pelanggan dia, jam 8 malam dia akan berhenti dan balik. Sebelum tu dia akan ke bank untuk bank in duit. Lepas bank in baru dia balik guna Grab Car. Jadi lepas hantar makanan ke rumah pelanggan, kami bawa dia ke bank. Dah selesai terus kami bawa dia beli makanan malam, katanya tak makan lagi. Dah tapau makanan kami tumpangkan dia hantar ke rumah adik Lin.

Balik rumah sambil taip posting ni rasa sebak sangat. Umur 22 Tahun dia dah lalui kehidupan yang macam ni untuk cari rezeki yang halal. Kak Solihah dan suami doakan Semoga Adik Lin Kaya dan Berjaya satu hari nanti. Jangan patah semangat! InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita, yang penting cari kerja yang halal.

Ya Allah, kau pelihara keselamatan adik Lin ini daripada segala perkara yang membahayakan beliau dalam mencari rezeki.

Image may contain: one or more people and night

Kredit : Solihah Md Radzi

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL