spot_img

Lelaki Ini Sebak Isteri Sanggup Susah Bersama, Tak Kisah Tolak Cermin Guna Tangan

- Advertisement -

Kejayaan seorang suami kerana berdirinya seorang wanita yang kuat dibelakang suaminya tanpa henti memberikan sepenuh dorongan dan sokongan demi masa depan yang cerah.

Walaupun ada segelintir yang mementingkan kebendaan, namun jika pasangan anda dapat mengharungi bersama-sama kesusahan hidup bersama dengan anda ia juga merupakan salah satu rezeki yang tidak ternilai.

Tidak semua pasangan mahu dilimpahi kemewahan

Pasangan yang bahagia tidak semestinya dilimpahi dengan kebendaan atau kemewahan, kadang-kala cukup semuanya serba sederhana dan diberikan kasih sayang yang secukupnya.

- Advertisement -

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mohd Najib Amin di TikTok.

Menerusi aplikasi berkenaan, lelaki ini berkongsi satu rakaman video mengapa dia begitu sayang akan isterinya.

Kenapa aku sayang isteri aku sorang ni

Gelagat isteri naikkan cermin secara manual sebakkan suami

Video berkenaan memaparkan gelagat suami isteri ini dalam sebuah kenderaan dan memperlihatkan isterinya yang sedang tekun menaikkan cermin van manual mereka.

- Advertisement -

Selain itu, lelaki ini turut menjelaskan wanita berkenaan tidak pernah merungut mahupun mengeluh dengan kehidupan mereka yang sedang dilalui bersama ketika ini.

Sanggup hidup susah mula dari bawah

Apa yang menyentuh hati adalah, isterinya yang dikenali dengan nama Fara Dila sanggup hidup susah dan menjalani pahit manis bersamanya sebagai pasangan suami isteri.

Malah, lelaki ini turut berjanji untuk bekerja dengan lebih keras lagi supaya dapat membeli kereta yang diidamkan oleh isterinya suatu hari nanti.

Moga suami dapat penuhi impian isteri suatu hari nanti

- Advertisement -

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut sebak dan terharu dengan kisah pasangan ini.

Mereka turut kagum dengan cara lelaki ini menghargai isterinya dan berharap semoga dia dapat menghargai isterinya serta bahagia hingga ke jannah.

Hampir 300,000 tontonan setelah dimuat naik

Rakaman video yang dikongsikan oleh saudara Mohd Najib Amin ini telah berjaya mendapat tontonan hampir 300,000 selepas dimuat naik.

Klik untuk tonton

https://vt.tiktok.com/ZSKvoS21/

Semoga kisah ini menjadi contoh untuk kita semua supaya lebih menghargai pasangan dan berusaha untuk membahagiankan pasangan kita di masa hadapan.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL