spot_img

Nahas Pagi Jumaat, 3 Maut Dalam Kejadian Lori Dihemp4p Treler Dengan Muatan Simen

- Advertisement -

M4LANG menimpa tiga individu apabila mereka maut dalam kem4langan melibatkan sebuah lori dan sebuah treler pada pagi Jumaat.

Dalam kejadian di di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang-Batu Pahat, Johor pada jam 6.28 pagi, lori seberat tiga tan dengan muatan peralatan bengkel bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan simen.

Nahas mengakibatkan treler menghemp4p lori dan menyebabkan pemandu lori, Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, dan dua kelindannya, Sadam Hussin Hamidon, 30, Deli Mustapha, 59, ters3pit.

- Advertisement -

Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam serta BBP Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin Shoromi Salih berkata, pihaknya mengeluarkan m4ngsa dengan menggunakan peralatan khas dibantu sebuah kren.

“Semua m4ngsa ters3pit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira dua jam. Ketiga-tiga m4ngsa disahkan meningg4l dunia oleh pegawai perubatan.

- Advertisement -

“Semua m4ngsa yang meningg4l dunia diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun pemandu treler berkenaan, Saiful Nizam Mansor, 39, terselamat dan operasi tamat pada jam 8.43 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL