spot_img

Padan Muka McGregor Selepas Ditewaskan Oleh Dustin Poirier.

- Advertisement -

London: Justin Gaethje mengakui gembira melihat Conor McGregor ditewaskan oleh Dustin Poirier.

McGregor tewas pada pusingan kedua menerusi kiraan TKO di tangan bekas juara interim lightweight itu minggu lalu pada perlawanan utama UFC 257 di Abu Dhabi.

Tumbukan padu Poirier menyaksikan McGregor rebah di atas lantai dan tidak bermaya untuk meneruskan perlawanan selepas itu.

- Advertisement -

Melihat McGregor tewas di tangan Poirier, Gaethje memberitahu ESPN: “Saya tidak kesian dengannya. Saya gembira Poirier menang.

“Dia melakukan tugasnya dengan cemerlang dan menewaskan McGregor.

GAETHJE gembira dengan kekalangan McGregor. FOTO FB Justin Gaethje
GAETHJE gembira dengan kekalahan McGregor. FOTO FB Justin Gaethje

Saya gembira melihat seorang mulut celupar ditewaskan, tiada yang lebih menggembirakan daripada itu.”

- Advertisement -

Selepas tewas pada pertemuan kedua antara mereka, McGregor menegaskan mahu mengulangi perlawanan ketiga bersama Poirier.

Bagaimanapun Gaethje menganggap kenyataan McGregor itu sangat melucukan.

“Untuknya beraksi semula dan mahu memenangi tali pinggang pada perlawanan ulangan dengan Poirier, saya fikir ia tindakan yang bodoh.

- Advertisement -

“Dia kerap menerima layanan istimewa tetapi tidak memanfaatkan peluang yang diberikan kepadanya,” katanya.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL