spot_img

Selep4s Sah Menjadi Isteri Orang, Abah Peluk Saya Dan Menangis. Pesanan Abah Buat Saya Sebak

- Advertisement -

5 bulan selepas nikah, saya balik berjumpa umi & abah. Bila tengah mengandung, saya susah hendak tidur malam. Lagi-lagi bila tilam bau pewangi baju, saya alah bau softener. Bilik adik perempuan saya kuat bau softener. Bantal, tilam, langsir dan semuanya bau softener. Maklumlah perempuan. Saya angkut semua barang dan pindah tidur di bilik bawah. Bilik tu sahaja yang saya rasa selesa. Saya tidur seorang, suami di semenanjung. Adik-adik, umi dan abah tidur di tingkat atas. Malam tu saya pindah bilik bawah, malam tu juga saya mvntah. Waktu itu semua sudah tidur kecuali abah, abah tengah tengok tv. Abah terus bangun ke tandas, tadahkan air dan gosok belakang saya. Malam itu saya tengok abah angkat bantal dan selimut, tidur depan tv. Begitulah juga malam seterusnya. Bila saya tanya umi, umi kata abah tidur depan tv sebab risaukan saya tidur seorang diri di tingkat bawah.

Saya tiba-tiba teringat kisah sewaktu saya hendak berkahwin. Waktu suami call abah menyatakan hasrat untuk ambil saya sebagai isteri, abah lah orang paling gembira sekali. Abah upah orang untuk siapkan rumah secepat mungkin supaya dapat buat kenduri walaupun kecil-kecilan di rumah sendiri. Abah keluar cari tukang buat pelamin dan call catering. Malam suami call confirm kan tarikh nikah, keesokan harinya abah terus beli katil dan almari baru. Abah terlalu excited. Saya pengantin tapi saya langsung tiada rasa apa-apa 😂

Hari saya nikah, muka abah nampak sedih. Sepanjang akad nikah, abah hanya tunduk dan menutup muka menggunakan tangan. Saya tengok abah berusaha menahan sebak. Selep4s sah menjadi isteri orang, abah peluk saya dan menangis. Selepas nikah, hampir tiap hari saya lihat mata abah merah dan berair. Sehingga hari abah perlu balik berkerja dan menyerahkan saya sepenuhnya di bawah jagaan suami, abah memanggil saya di dapur. Waktu itu hanya kami berdua.

- Advertisement -

“Abah nak pesan, kakak sekarang dah jadi isteri orang. Ingat ya nak, syurga di bawah tapak kaki suami. Abah bersyukur dapat menantu yang baik. Tenang hati abah serahkan kakak dengan dia. Abah sudah tiada hak ke atas kakak. Kakak sepenuhnya hak suami. Dengar cakap suami dan taat. Kakak anak abah, ikutkan hati abah, sampai bila-bila abah tak mahu lepaskan kakak pada siapa-siapa. Biarlah abah yang jaga kakak. Tapi beginilah kehidupan nak. Ada juga yang jaga kakak bila abah sudah tiada nanti. Abah sayangkan kakak.”

Air mata abah mengalir deras. Abah terus bangun dan memeluk saya. Abah berlalu ke tandas dan mencuci muka. Dalam tandas, abah masih menangis.

Waktu itu saya sedar, betapa singkatnya masa saya bersama umi dan abah. Saat abah memeluk saya dan menyatakan cintanya pada anak sulungnya ini, saya sudah pun menjadi isteri orang. Andai boleh diputarkan masa kembali, pasti saya akan habiskan banyak masa bersama mereka. Tapi sudah takdirNya, sudah sampai masa untuk saya bertemu jodoh. Kehidupan perlu diteruskan.

- Advertisement -

Sekarang, andai diizinkan Allah, saya sudah pun hampir bergelar ibu, tapi kasih sayang dari abah terhadap saya tidak pernah berubah. Bahkan layanan abah pada saya seolah-olah saya masih anak kecil yang berada di bawah jagaan abah. Begitulah, begitulah kasih sayang seorang ayah. Tiada ayah yang sempurna dalam dunia ini, tapi kasih sayang dari ayah terlalu sempurna sehingga ke hujung nyawa. Lumrah seorang ayah memang tidak pandai menzahirkan kasih sayang melalui kata-kata. Tapi semuanya dapat dinilai melalui tingkah lakunya, andai si anak tidak but4 mata dan but4 hati untuk menilai. Ibu dan ayah itu tiket untuk kita ke syurga. Hargailah setiap kesempatan dan masa bersama mereka.

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

al-Isra’: 24

- Advertisement -

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Kredit: Nur Shadwa Shatirah

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL