spot_img

Subang Jaya: Hanya 40 Orang Jemaah Sahaja Yang Dibenarkan Untuk Menunaikan Solat Jumaat.

- Advertisement -

29 Januari 2021

Subang Jaya: Masjid Al-Falah USJ 9 membuka ruang kepada semua jemaah untuk menunaikan ibadah solat jumaat. Dalam masa yang sama, hanya 40 orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki masjid bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerjaan Malaysia.

Pintu masuk masjid pula dibuka seawal jam 12 tengah hari. Meninjau keadaan tersebut,kami mendapati seluruh jemaah yang datang dimasjid berkenaan juga mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pematuhan SOP oleh jemaah yang datang
- Advertisement -

Jemaah yang sampai juga diminta untuk memeriksa suhu badan, berwudhu daripada rumah dan juga diminta untuk membawa sejadah sendiri daripada rumah.

Selain daripada itu, pihak polis juga turut hadir bagi mengawal keadaan sepanjang solat jumaat tersebut hingga selesai.

Tinjauan juga mendapati hanya ruangan kecil dibuka bagi memuatkan 40 orang jemaah yang datang.

Ruangan yang dibuka untuk jemaah”
- Advertisement -

Jemaah yang datang untuk menunaikan solat jumaat adalah jemaah yang awal membuat pendaftaran secara online. Antara info yang kami terima, jemaah perlu membuat pendaftaran awal bagi memudahkan urusan pegawai yang bertugas pada hari jumaat.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan terhindar daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.

Khutbah yang disampaikan oleh imam yang bertugas juga menyentuh topik tentang pembersihan diri.

Imam bertugas Imam Muhammad Hakimi
- Advertisement -

Jemaah yang datang juga akan diberikan sticker berwarna oren bagi mengira bilangan jumlah jemaah yang datang. Jemaah yang tiba pula, perlu membuat semkan nama sebagai pengesahan

Sungguh teramat rindukan suasana solat jumaat yang ramai seperti sebelum ini.

Oleh itu, marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah SWT, semoga penyakit Covid-19 ini segera pulih.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL