spot_img

Tular Pagi Tadi Berkenaan Status Whatsapp Yang Konon Mendedahkan Akaun Peribadi Anda. Jangan Panik! Ini Penerangan Sebenarnya.

- Advertisement -

Jangan Panik! Penerangan Berkenaan Dengan Posting Yang Viral Di Facebook.

Melalui seorang individu yang membuat posting telah tular di Facebook yang menyatakan jika anda tekan status daripada Whatsapp, akaun bank dan data peribadi anda mungkin boleh diambil adalah sama sekali TIDAK BENAR! Info Bantuan Rakyat Malaysia.
Status daripada Whatsapp yang tidak pernah sebelum ini muncul, hari ini 29 Januari 2021 posting daripada Whatsapp buat pertama kalinya telah membuatkan ramai orang ramai berasa ragu-ragu dan takut jika status itu ditekan, data dan akaun bank anda akan diambil. Itu adalah tidak benar sama sekali.
Status Whatsapp yang baru muncul itu adalah rasmi daripada Devoleper Rasmi Whatsapp. Tujuan status Whatsapp itu dibuat adalah untuk memberitahu kepada pengguna Whatsapp yang aplikasi ini telah membuat beberapa penambahbaikan dimana pembaikan itu adalah Whatsapp akan lebih mengetatkan privasi anda.

Berhati-Hati Dengan Kaedah Tipu Daya Anggota Sindiket (SCAMMER)

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar berwaspada taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun Whatsapp pengguna. Taktik itu menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6 digit yang diterima oleh pihak Whatsapp. 
Anggota Sindiket penipuan itu, menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun Whatsapp yang telah berjaya diambil alih sebelum ini, mereka juga menyamar sebagai kakitangan Whatsapp. Oleh itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak sama sekali memberikan kod pengesahan 6 digit Whatsapp kepada mana-mana pihak.

Pendapat Peribadi Warga Maya

- Advertisement -

Saya percaya warga BPN semua bijak pandai dan tidak terpengaruh dengan perkongsian yang dibuat oleh seorang individu di Facebook yang semakin heboh diperkatakan di media sosial.

Saya sudah jangka akan berlaku perkongsian yang kurang tepat dengan alasan mahu menimbulkan situasi panik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perlu diingatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Buletin Utama tiada kaitan dengan iklan yang dipamerkan oleh WhatsApp.

- Advertisement -

Iklan WhatsApp yang dipamerkan di status mereka adalah SELAMAT dan anda boleh klik untuk melihatnya.

Apa yang dinyatakan dalam Buletin Utama adalah modus operandi Penipu yang memperdaya pengguna untuk menyerah TAC bagi mencuri wang anda di bank serta data peribadi lain.

Kes yang dinyatakan oleh Buletin Utama TIADA KAITAN dengan iklan WhatsApp.

- Advertisement -

Mohon perbetulkan tanggapan anda dan sila jelaskan kepada ibu bapa kita bagi mengelakkan perkongsian maklumat yang kurang tepat.

Namun berhubung modus operandi yang saya nyatakan tadi. Kita perlu berhati-hati apabila menerima sebarang mesej dari orang yang tidak dikenali.

Namun kes ini tiada kaitan dengan status WhatsApp yang dipamerkan di aplikasi WhatsApp anda. Rujuk gambar di bawah.

SEKADAR PANDANGAN

Komen Warga Maya

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL