spot_img

Hanya Sempat Bergelar Isteri 24 Jam. Fatin Akhirnya Pergi Jua

- Advertisement -

BENAR kata pepatah, ‘Langit tak selalunya cerah’ mungkin boleh dikaitkan dengan situasi ini. Kisah perkahwinan singkat ini benar-benar meruntun jiwa rakyat Malaysia.
allahyarhamah Fatin Nursyahirah Yusuf selamat dikebumikan selepas tidak sampai 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Saiful Azzam Mohmed.

Anak keempat dari lima beradik itu disahkan menghidap kanser tisu tahap empat pada bulan Ramadan, tahun lalu.

Menurut abang kepada arwah, pemergian adik tercinta ternyata meninggalkan kesan paling mendalam terhadap mereka sekeluarga.

- Advertisement -

“Selama ini saya tidak ambil kisah sangat pasal kanser, tapi apabila ia kena kepada adik saya sendiri, ia memang sesuatu yang merentap hati dan jiwa kami sekeluarga,” kata Shukur Yusuf.

Shukur memberitahu kesihatan Fatin mula merosot sejak tahun lalu namun majlis pertunangan tetap diteruskan pada 17 Jun lalu.

Kesakitan tidak menghalang cinta mereka, kedua belah keluarga setuju mempercepatkan pernikahan mereka dan ia juga dipersetujui adik saya sendiri sebelum mereka dinikahkan pada 4 Ogos lalu.

- Advertisement -

Pernikahan mereka berjalan serba ringkas, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, tiada baju pengantin, malah ketika Azzam melafazkan akad nikah, Fatin Nursyahirah hanya mampu terbaring di atas katil, sebelum dia dimasukkan ke hospital Jitra petang itu untuk menjalani rawatan akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas pernikahannya, Fatin Nursyahiraq menghembuskan nafas terakhirnya pada 5.20 pagi, Sabtu lalu di hospital Jitra, di sisi suaminya, ayah dan ibunya serta Shukur sendiri.

Kisah menyayat hati dikongsikan Shukur mengenai perjalanan hidup Fatin Nursyahirah selepas disahkan menghidap kanser yang tular di media sosial Facebook miliknya.

- Advertisement -

“Saya terharu dengan kesungguhan Azzam serta keluarga Azzam sendiri yang tidak pernah jemu-jemu datang melawat, memberikan sokongan malah turut mencari ikhtiar bagi menyembuhkan penyakit yang dihidap adiknya itu.

“ Sekiranya arwah adik saya pernah mengguris perasaan sesiapa di sini, saya memohon maaf dan doa agar r0h beliau dicucuri rahmat Allah SWT,” akhirinya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL