spot_img

(Video) ‘Jangan Malu Mengaku Mlskin’ – Disaat Graduan Lain Naik Kereta Mewah, Lelaki Ini Tak Segan Naik Beca Hadiri Konvokesyen Bersama Ibu

- Advertisement -

Konvokesyen merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar. Namun, pada tahun ini, peluang

untuk pihak universiti menganjurkan istiadat tersebut masih belum mampu diteruskan. Ini kerana, keadaan

pandemik Covid-19 yang sedang melanda kebanyakan negara masih di tahap yang membimbangkan.

- Advertisement -

Namun begitu, di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Riyanda74, berkongsi sebuah video yang menunjukkan

seorang graduan menghadiri majlis konvokesyen menaiki beca bersama ibu bapanya. Lebih tersentuh, kesemua

graduan lain menaiki kereta semasa menghadiri istiadat tersebut.

- Advertisement -

Menerusi laporan Indozone, video tersebut dipercayai dirakam sewaktu majlis konvokesyen Kampus Kesehatan

Medistra Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia. Majlis konvokesyen yang dipercayai diadakan secara drive thru itu

menunjukkan momen di mana semua graduan dan ibu bapa menaiki kenderaan masing-masing untuk meraikan hari

- Advertisement -

yang ditunggu-tunggu itu.

Kelibat salah seorang graduan dan orang tuanya yang menaiki beca tatkala, semua graduan lain menaiki kereta

ternyata menyentuh hati netizen. Mereka memuji graduan tersebut kerana tidak malu menaiki beca semasa

menghadiri konvokesyen pada hari tersebut.

Rata-rata netizen tersentuh melihat video tersebut. Mereka turut mendoakan agar pelajar tersebut dimurahkan rezeki

dan menjadi insan yang hebat suatu masa nanti.

Video ada di link ini

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL