spot_img

Kawalan Kendiri, Disiplin Tinggi Faktor Penting Putuskan Covid-19

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kawalan kendiri dan disiplin tinggi dalam kalangan rakyat adalah faktor berkesan yang boleh membantu memutuskan rantaian Covid-19.

Jika tidak, ia akan menyebabkan trend peningkatan jumlah kes positif terus berlaku ketika beberapa kelonggaran diberikan untuk memacu ekonomi negara ketika ini.

Pengerusi Biro Media Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Dr. Norzaidi Zakaria berkata, pada masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar di lokaliti tertentu perlu diperketatkan khususnya di kawasan yang dikenal pasti menjadi punca jangkitan.

- Advertisement -

“Berbeza dengan PKP pertama, kita dapati pengawalan itu berlaku kerana kepatuhan rakyat kepada arahan pihak berwajib. Namun PKP kali kedua, kelonggaran untuk aktiviti perniagaan dan pergerakan menyebabkan berlakunya peningkatan kes yang mendadak setiap hari.

“Jika ini berterusan, apa maknanya PKP dilaksanakan dan kita gagal untuk mengawal keadaan ini walaupun pada satu masa dulu, kita sudah berjaya.

Pada saya, PKP secara bersasar di lokaliti jangkitan adalah terbaik ketika kita juga berdepan dengan kemudahan hospital dan pusat kuarantin yang terlalu ramai,” katanya kepada Harian Metro.

- Advertisement -

Menurutnya, jika pesakit tidak berdisiplin dalam tempoh kuarantin terutamanya di rumah, ia akan menyebabkan keadaan bertambah buruk.

“Saya bagi contoh, saya lakukan ujian kepada seorang pesakit dan didapati positif. Dia menjalani kuarantin berada di rumah selama tiga hari dan selepas itu pengesanan kontak mendapati ada 71 orang lagi yang positif.

“Ini bermakna dia mungkin tidak menjalani kuarantin dengan betul dan bayangkan jika itu berlaku kepada pesakit lain setiap hari. PKP ini perlu berkesan dari segi penurunan kes, jika tidak, kita akan gagal,” katanya.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL