spot_img

Ditah4n Ketika Main Bola Ditaman Permainan

- Advertisement -

Petaling Jaya: Tindakan enam lelaki warga asing bermain bola sepak di taman permainan awam Jalan SS 20/12 Damansara Kim, di sini, mengundang p4dah apabila mereka ditahan polis kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka ditahan jam 8.13 malam oleh sepasukan polis kerana melakukan aktiviti sukan bola sepak di tempat permainan awam dalam tempoh PKP.

Menurutnya, kes disiasat mengikut S3ksyen 269 Kanun Kes3ksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan j4ngkitan apa-apa peny4kit yang berb4haya kepada ny4wa dan S3ksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

- Advertisement -

“Sebiji bola warna hijau turut dirampas dan polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP 2.0.

“Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan orang ramai dikompaun RM1,000 atau dit4ngkap dan seterusnya didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL