spot_img

Ayah Sakan Tolak ‘Motor Mainan’ Sampai Anak Terjatuh, Terus Menyesal Tak Sudah

- Advertisement -

Anak merupakan penyeri sesebuah rumah tangga dan ibu bapa pastinya menjadi orang yang paling excited setiap kali bermain dengan anak mereka

Lebih-lebih lagi golongan bapa kerana dari luaran saja nampak mereka garang, namun merekalah yang paling rajin melayan anak-anak terutamanya apabila membawa anak bermain di taman atau di luar rumah.

Tetapi lain pula dengan video yang tular di laman popular TikTok baru-baru ini apabila si ayah seronok bermain dengan anaknya sehingga terjadi satu insiden buruk.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@mimidean4

Kesian babah rasa bersalah ☺️#kesiandia #sygkamu #mogal #kenangan #bahagiaitusederhana

♬ Oh No – Kreepa

- Advertisement -

Semangat tolak motor mainan anak sehingga hilang kawalan dan terlepas pemegang

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu sedang menolak motor mainan anaknya ke kiri dan kanan sambil berlari ke arah isterinya yang sedang merakam saat itu.

Namun entah macam mana si ayah terlepas pemegang motor mainan anaknya dan hilang kawalan sehingga anaknya terjatuh tersembam. Akibat dari kejadian itu, anaknya menangis kerana luka di bahagian dagu.

- Advertisement -

Serba salah dengan anak kesayangan, si ayah mengambil semula hati anaknya selepas itu dengan menyusukannya dan meminta maaf berulang kali.

“Tak tau la nak kesian ke nak gelak, tapi tergelak tadi rasa berdosa pulak” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 330.8K tontonan, 20.3K tanda suka dan 643 komen di TikTok.

- Advertisement -

Rata-rata warga maya turut simpati atas kejadian dan ada juga yang terhibur dengan gelagat anak beranak itu tambahan lagi si ayah yang sememangnya nampak begitu semangat semasa sedang menolak motor mainan anaknya.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL