spot_img

Pomen Tunggu Pelanggan Sambil Baca Al-Quran

- Advertisement -

Masih ada ke orang yang meluangkan masanya bersama Al-Quran? Menjadikan ianya sebagai hobi bagi masa lapang? Lagi-lagi ketika waktu rehat bekerja. Sudah tentu sangat sukar untuk kita jumpa kan?

Al kisah bermula ketika pergi workshop nak servis proton saga kesayangan, berpuluh orang dah pomen melayu yang saya berurusan dan bermacam ragam serta pe’el mereka. Tetapi kali ni Allah menemukan saya dengan seorang insan yang agak “RARE” di zaman kini.

Seorang tokey bengkel mengisi masa lapangnya sambil menunggu pelanggan masuk menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki atau servis, sempat dia membaca Al-Quran walaupun tangannya agak sedikit kotor kerana berminyak.

- Advertisement -

Allah mengajar kita melalui perbuatan seseorang. Dia juga memberi hidayah kepada kita dengan pelbagai cara, antaranya seperti kisah ini.

Kita perlu belajar bermuhasabah diri sendiri, sejauh mana kita menjaga hubungan kita denganNya. Kita mahukan kesenangan dari pelbagai sudut tetapi kita tidak menjaga hubungan dengan Maha Pemberi. Macam mana?

Ya Allah, murahkanlah rezeki pakcik ini. Luaskan rezekinya. Berilah keberkatan kepadanya dalam mencari rezeki. Berkat kaya dan berjaya dunia akhirat serta dijauhi azab api neraka.

- Advertisement -

Maaf pakcik saya kongsikan gambar untuk beri semangat kepada diri saya dan warga maya. Lokasi bengkel di Simpang Jalan Sungai Jelok Kajang.

Kredit; Nik Amriza Saliqin

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL