spot_img

Kahwin Dengan Isteri Tapi Tak Pernah Usaha Untuk Kenal. Isteri Bukan Nak Hadiah Mahal Tapi…

- Advertisement -

Hati seorang wanita memang sukar untuk diduga, kerap berbolak balik dan penuh emosi. Namun itu bukan bermakna susah untuk tawan hatinya, apa yang penting si suami harus belajar mendengar. Mendengar bererti tadahkan telinga mendengar setiap butir tutur kata tanpa sibuk dengan perkara lain, letakkan telefon ke tepi dan tatap mata isteri, selami luahannya.

Seperti perkongsian Dr Redza Zainol, hargai isteri tidak hanya pada material, namun ia harus tepat dengan emosi. Gali dan kenali hati isteri walaupun sudah 10 tahun berumah tangga.

Jelasnya kadang kala isteri mahukan perhatian suami, belaian kasih sayang dan bantuan, bukan material semata-mata.

- Advertisement -

Ikuti perkongsiannya.

Masa isteri membebel dari dapur sampai ke ruang tamu tu, dengar betul-betul apa yang dia bebel. Buang emosi sekejap. Fokuskan hanya pada apa perkataan yang keluar.

“Abang ni asyik kerja je, jarang nak ada kat rumah.” 

- Advertisement -

Ni maknanya dia ni seorang yang rasa lebih disayangi kalau pasangan dapat luang masa berkualiti dengan dia. Luang masa berkualiti ni ada 2 jenis.

“Kita dah pakai tudung baru, baju cantik-cantik, sikit tak ada nak nak puji kita.”

Ni maksudnya dia rasa disayangi kalau diberi puji-pujian dan kata semangat. Dia punya seronok kalau kena puji tu, macam dapat rantai tangan coco 20gram.

“Dah lama tak dapat baju baru dari abang. Tudung pun dah lusuh. Duit tu asyik pula lebihkan pada mak ayah abang je.”

- Advertisement -

Haa, Hati-hati. Dia paling rasa disayangi bila dapat hadiah daripada pasangan. Hadiah murah macam sekeping kad pun dia dah gembira apatah lagi hadiah mahal macam Thermomix kan.

“Abang tak habis-habis dengan phone tu. Tolonglah saya potong sayur, beli barang, sediakan meja tu. Tolong jaga anak. Tolong betulkan paip. Kalau tak nak tolong, kahwin je dengan phone tu.”

Kalau dengar betul-betul, semua yang isteri sebut tu berkaitan dengan perkataan “Buat”. Isteri macam ni dia rasa disayangi bila pasangan buat sesuatu untuk dia.

Kalau beli tepung pun dah boleh buat dia senyum. Kau rasa?

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL