spot_img

Dua Hari Di Semporna, Ebit Lew Sudah Islamkan 490 Orang Komuniti Bajau Laut

- Advertisement -

Kehadiran pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ke Sabah sejak beberapa hari lep4s seakan memberi satu rahmat buat sesetengah masyarakat apabila memberikan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan.

Selain daripada itu, beliau juga telah berjaya mengislamkan 490 orang penduduk kawasan atas air yang kebanyakkannya adalah masyarakat Bajau Laut.

Tiga ratus lebih lagi masuk Islam

Menurut Ebit Lew lagi, kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai agama dan hanya sesekali sahaja ke darat memandangkan sebahagian besar mereka tidak mempunyai negara.

- Advertisement -

157 orang masuk Islam pada hari pertama

Kehadiran beliau ke sana disambut baik oleh mereka. Beliau turut memberikan bantuan untuk pembinaan sekolah dan  menyediakan guru bagi mengajar perkara as4s seperti Membaca, menulis, mengira (3M) serta asas Agama Islam.

Pada posting pendakwah tersebut sebelum ini, beliau telah memaklumkan seramai 157 orang masyarakat Bajau Laut dengan relah hati memeluk Islam ketika kehadirannya. Hal tersebut bertambah pada hari kedua.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menzahirkan rasa terima kasih kepada beberapa pihak seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komando 69 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau turut berterima kasih kepada Pengurusan Taman-taman Sabah  barisan NGO yang tak henti-henti memberikan bantuan bagi menjayakan misi tersebut.

Kerajaan akan beri bimbingan

Selain itu, menerusi Berita Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan bahawa masyarakat Bajau Laut yang memeluk Islam itu akan diberikan bantuan dan bimbingan bagi memahami Islam dengan lebih mendalam.

“Kita ada penggerak iaitu ustaz bertauliah dan berkaliber untuk terus berada dengan kelompok berkenaan bagi memberikan bimbingan termasuk di Sabah, penduduk Bajau Laut itu.
Kerajaan akan bantu dari aspek bimbingan keagamaan untuk memahami secara mendalam berhubung Islam,” katanya.

- Advertisement -

Perkara tersebut diul4s selepas mendapat perkhabaran seramai 157 komuniti Bajau Laut memeluk Islam ketika pendakwah terkenal Ebit Lew hadir melakukan misi kemanusiaan di Samporna Sabah semalam.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim) Ebit Lew

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL