spot_img

Penghantar Makanan Maut Rempuh Lori

- Advertisement -

Semalam tular satu perkongsian video di media sosial yang menunjukkan kemal4ngan antara sebuah lori dan penghantar makanan di persimpangan jalan. Video tersebut menunjukkan sebuah motosikal merempuh lori yang mahu masuk ke simpang kanan jalan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.00 pagi semalam yang mengakibatkan seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lori yang ingin masuk ke simpang di Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh.

Mangsa yang berumur 32 tahun meningg4l dunia di tempat kejadian akibat keced3raan parah di bahagian kepala selepas merempuh bahagian hadapan lori berkenaan.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila m4ngsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan ke arah Jalan Welfare.

“Setibanya di persimpangan, lori yang berada di jalan sama masuk ke simpang kanan, dalam masa yang sama mangsa ketika itu sedang memotong lori itu.

- Advertisement -

“M4ngsa tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian hadapan lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau lagi, m4yat m4ngsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh sebelum dituntut ahli keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL