spot_img

(Video) Ternanti Nanti Bawah Panas Terik, Rider Kecewa Pelanggan Lesap “Cancel Order” Beratus

- Advertisement -

Bukan mudah untuk mencari rezeki terutama ketika negara kini sedang bergelut dengan COVID-19.

Dalam keadaan ini, penghantar makanan sememangnya bekerja keras dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan namun terkadang ada sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dengan memesan makanan yang banyak namun tidak membayarnya.

- Advertisement -

Seperti yang dikongsikan oleh seorang rider ini, Anas Mansor yang kecewa apabila seorang pelanggan tidak muncul untuk mengambil makanan yang dipesan.

 

- Advertisement -

Menerusi perkongsiannya di TikTok, makanan yang berharga lebih RM100 itu sepatutnya dibayar secara tunai namun apabila sampai ke tempat yang dituju tiada seorang pun kelibat individu di situ.

Dalam keadaan panas terik, lokasi yang diberikan adalah di tengah jalan.

Kerana pelanggan tersebut tidak dapat dihubungi, pesanan itu telah dibatalkan.

- Advertisement -

Anas nyata kecewa dan buntu dengan jumlah makanan yang banyak yang tidak dibayar itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut kecewa dengan kejadian itu dan mendoakan agar Anas terus dimurahkan rezeki.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

 

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL