spot_img

Allah Ambil Dari Saya Sesuatu Yang Saya Sangat Sayang, Sebelum Allah Izinkan Perniagaan Saya Naik

- Advertisement -

Pandemik Covid-19 bermula pada awal tahun 2020, dimana ramai usahawan tempatan kita berhempas pulas untuk bertahan dalam perniagaan. Seorang anak tempatan, Aiman Syafiq berkongsi di media sosial Facebook bagaimana dia bangkit semula selepas kejatuhan team konsultannya.

Pemuda ini dahulunya menjalankan perniagaan dengan memberi khidmat konsultan di sekolah-sekolah sekitar lembah Klang bersama pasukannya iaitu Team Caliph Soul Consultant.

Kini Aiman bangkit dengan semangat yang baru membina empayar dalam perniagaan F&B (Wonder Chocojar)

- Advertisement -

Jom ikuti perkongsiannya dibawah dan semoga cerita ini bermanfaat untuk semua.

No photo description available.

Alhamdulillah pagi tadi 1000 balang dihantar runner untuk ke ejen-ejen dan stokis sekitar selangor. Petang ni kita pos lagi 400 balang untuk ejen-ejen dan stokis di luar Selangor.

- Advertisement -

Ramai kawan-kawan pm tanya, apa rahsia boleh cepat naik Wonder Chocojar, apa rahsia marketing, strategi apa yang digunakan.

Pertamanya, segala puji bagi Allah, Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang Maha Pemurah. Apa yang saya boleh katakan semuanya ini bukan kerana saya hebat, saya langsung tiada apa-apa, semua ini kerana Allah yang izinkan, Allah yang mudahkan, saya lemah, tanpa bantuan Allah saya tiada apa-apa.

Jadinya nak berjaya, saya boleh kongsikan ialah sebelum kita hebat marketing dengan manusia, pastikan kita hebatkan dulu marketing kita dengan Allah. Sebab yang menggerakkan hati manusia untuk membeli dan berurusan dengan kita adalah Allah.

- Advertisement -

Jaga Solat kita, Jaga hubungan kita dengan Allah. Buat Apa Allah Suka, Allah bagi apa kita suka.

Kedua, minta dan mohonlah apa sahaja hajat kita dengan jalan Solat dan Sabar, ini bukan saya janji, tapi Allah janji. (Surah Al-Baqorah ayat 45)

Ketiga, sentiasa sangka baik dengan Allah. Tuan-tuan dan puan-puan, sebelum Allah bagi Wonder Chocojar naik, Allah tarik sesuatu yang saya sangat sayang dalam hidup saya, iaitu Team Caliph Soul Consultant, saya sayangkan mereka lebih dari diri saya.

Yelah, mana tidaknya, mereka bersama-sama saya dari bawah bersusah payah, berhujan panas untuk naikkan CSC. Tapi pada bulan 9 2020 saya terpaksa lepaskan mereka kerana bila sekolah diumumkan tutup semula untuk kali kedua, saya dah tak mampu bayar gaji mereka.

Walaupun ada di antara mereka yang rela untuk bersama tanpa gaji, tetapi saya rasa saya seakan menzalimi mereka. Jadinya saya minta untuk mereka pergi ke tempat lain dulu untuk mencari rezeki. Dan of course, waktu tu saya sangat down.

Tapi bila tengok semula video Ahmad Safuan Csc berkaitan Good Bad Who Knows, saya percaya, ada sesuatu yang Allah sedang rancang dan saya belum tahu apa dia.

Bermula awal bulan 10 saya mula merancang untuk buat Wonder Chocojar dengan serius. Waktu tu doa saya ialah

  • Saya minta Allah berikan saya ilham supaya saya nampak jalan, kerana saya tiada ilmu berkaitan sistem ejen pada ketika itu.
  • Saya mohon supaya Allah hadirkan orang-orang yang tepat yang boleh untuk sama-sama naik bersama Wonder Chocojar kerana waktu tu saya rasa seperti keseorangan, dan orang pertama yang saya approach adalah tulang belakang saya dalam CSC Uthman Rosdin

Rahsia keempat adalah betulkan mindset berniaga, berniaga untuk akhirat, bukan dunia semata. Maaf, saya bukan menunjuk, tapi ini yang real berlaku tuan-tuan puan-puan.

Saya tak banyak berbelanja keuntungan dalam WCJ untuk diri saya (kalau tak saya dah keluar kerete baru dah🤣) tetapi saya lebihkan untuk berikan pada orang lain, saya berikan bantuan kewangan, saya berikan bantuan makanan dan keperluan asas pada saudara-mara, jiran-jiran dan kawan-kawan. Duit untuk mak ayah wajib bagi! Kalau dengan mak ayah pun kedekut, jangan mimpi rezeki nak masuk.

Akhirnya tuan-tuan, tanpa disangka, ramai orang berminat untuk jadi ejen, tanpa disangka-sangka dan ada yang saya tak kenal pun, tetapi mereka berminat untuk bersama Wonder Chocojar.

Kesimpulan apa yang saya boleh kongsikan, untuk berjaya dalam apa pun dalam hidup kita, buat apa Allah suka, Allah bagi apa kita suka. Hebatkan dulu marketing kita dengan Allah, Allah mudahkan marketing kita dengan manusia.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL