spot_img

“Bukan semua orang lahir lahir terus pandai meniaga,” – IM Asyraf rayu netizen bantu peniaga kecil

- Advertisement -

Penangan Covid-19 bukan main-main, syarikat gergasi pun jatuh terduduk dan menutup operasi, inikan pula ‘semut kecil’ seperti kita.

Untuk bangkit kembali menyabung ‘nyawa’ demi sesuap rezeki bukan mudah seperti berceramah politik. Ada yang keluar daripada kepompong selesa dan terjun dalam dunia yang sebelum ini asing bagi mereka.

Dan kerana itu, menurut Imam Muda Asyraf, kelihatan deretan rakyat kini membuka payung di tepi jalan, semuanya demi survival.

- Advertisement -

Pendakwah bebas ini turut menyeru warganet agar sama-sama menyokong dan membantu membeli hasil yang diniagakan walau sedikit, agar golongan ini terus bertahan dan mampu membawa pulang sekampit beras untuk keluarga di rumah.

“Ada yg papan tanda pun pakai kotak saja. Tulisan iklan pula sebesar tapak tangan. Ada yang buat makan tak menjadi. Tapi terpaksa juga jual. Walau seorang pun tak kunjung.

- Advertisement -

“Ada yg mula daftar jadi ejen. Siap tanya lagi, ‘Dropship tu apa?, Fb ads tu macamana? Telegram apa pulak? Broadcast? IG Story? Akhirnya diorang buka akaun tapi tak tahu untuk apa.

“Ada yg mmg tak pandai berniaga langsung. Nampak sangat kekok. Mereka dah bertahun kerja makan gaji, tiba-tiba terpaksa berniaga. Bukan mudah sebenarnya.

“Bukan semua orang lahir-lahir terus pandai meniaga. Tak semua manusia skil kehidupan sama. Ada yg tak sempat belajar ilmu bisnes. Sebab kena buang kerja hari ini. Takkan esok dah bijak. NAK SALAHKAN MEREKA?

- Advertisement -

“TAK BOLEH… Harini ramai org survive. Ramai struggle. Anak di rumah kelaparan. Isteri menunggu kepulangan. Ibu ayah di kampung menanti kiriman. Apa sahaja punca rezeki yang halal, mereka sedaya upaya dapatkan.

“Ada yg dah ada bisnes. Tp tak dibenarkan beroperasi. Mereka tak mengemis duit menteri. Mereka hanya merayu simpati supaya keizinan beroperasi. Mereka tak tahu nak pusing modal macamana lagi.

“Mereka tak meminta-minta. Mereka ada maruah. Mereka usaha sendiri. Mereka tahu, poket mereka tak siapa peduli. Nak luah. Ramai yg susah. Mereka tak reti letak gambar menangis dlm IG. Atau caption FB meraih simpati. Media sosial pun tak sempat. Mereka hanya tahu kerah keringat.

“Sy usaha beli apa saja yg mereka jual. Beli di setiap gerai. Di rumah tiada siapa yg makan. Tapi beli dan agih sedekah merata tempat. Sy tak sampai hati kalau ada peniaga yang panggil saya. Sy tahu. Bila saja kita melalui gerai mereka, wajah mereka penuh harapan.

“Barang niaga yg tak habis. Itulah hidangan setiap hari. Lauk sama. Lauk baki niaga.

“Sy merayu pada semua. Kita support mereka. Mereka tidak mengemis. Mereka berniaga. Saya tak lah pandai niaga. Tak jg sekaya mana untuk beli semua. Sy pun survive. Empat butik sy terpaksa tutup operasi. Walau sakit. Tp insyaAllah masih mampu berdiri.

“Yg lebih sy simpati bagi mereka yg tak ada langsung tongkat. Kais pagi makan pagi. Hanya menanti rebah. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.”

Sumber : Imam Muda Asyraf

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL