spot_img

Kereta Terbakar Di KLIA

- Advertisement -

SEPANG – Suasana tenang di pintu masuk lima dan enam, aras lima, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini gempar apabila sebuah kereta terbakar dalam kejadian pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, kejadian berlaku ketika pemilik memberhentikan kereta untuk menurunkan anak saudaranya yang akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati sebaik selesai menurunkan bagasi, pemilik kereta telah menutup suis enjin namun secara tiba-tiba satu kebakaran kecil telah berlaku di bahagian enjin kereta dan semakin marak.

Anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan sebuah kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat.
- Advertisement -

“Anggota trafik KLIA yang sedang bertugas bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api sementara menunggu bantuan bomba,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pihak bomba KLIA kemudiannya tiba dan berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya.

“Hasil pemeriksaan oleh Airport Fire Rescue Services (AFRS) serta Balai Bomba dan Penyelamat KLIA terhadap kender4an tersebut mendapati punca kebakaran adalah disebabkan berlakunya litar pintas yang bermula dari kotak fius kender4an.

- Advertisement -

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan keceder4an berlaku, keadaan lalu lintas dan keluar masuk penumpang di terminal juga dalam keadaan terkawal,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL