spot_img

“Berakhir Sudah DERlTA Aizat” – Pemilik Suara Latar Kungfu Panda MeninggaI Dunia

- Advertisement -

PUCHONG – Artis alih suara, Muhammad Aizat Adnan, 36, yang pernah menjadi suara latar bagi animasi popular Kung Fu Panda menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Puchong jam 11.45 malam.

Berita kematian beliau dikongsi kakak sulungnya menerusi status FB, Dayana Adnan.

Beliau sebelum ini menderita ketumbuhan di peha kanan dipercayai kanser sarcoma turut merebak ke hati dan peparu.

- Advertisement -

Sebelum ini beliau pernah didiagn0sis mengalami kanser Esofagus pada Januari 2019 dan disahkan survival apabila bebas daripada sel kanser berkenaan.

Menurut isterinya, Nor Aziantie Azhar, kesihatan suaminya itu merosot sejak ketumbuhan di peha menyukarkan pergerakan sehingga memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

- Advertisement -

Sejak 2019 lagi , arwah suami saya tidak dapat bekerja dan hilang pendapatan kerana kanser Esofagus dihidapinya pada 2019.

Beliau waktu itu cukup kuat semangat dan beri sepenuh komitmen pada sesi rawatan dan pulih sepenuhnya. Namun pada Februari, ketumbuhan dikesan pada bahagian peha.

Ketumbuhan itu semakin hari semakin membesar dan menjejaskan pergerakan beliau sehingga memerlukan bantuan kerusi roda.

- Advertisement -

Saya ketika itu melakukan kerja sampingan sebagai pemandu Grab terpaksa berhenti kerana mahu fokus menjaga dia selain khuatir risiko jangkitan lain kerana ketahanan imun beliau yang lemah, katanya.

Tambah Nor Azientie, sel kanser mula merebak dan sehinggalah doktor memaklumkan keadaan kesihatan beliau merosot menyebabkan tidak dapat menjalani kimoterapi.

Sepatutnya beliau perlu menjalani kimoterapi kali kedua tetapi keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan.

Keadaanya semakin teruk sejak petang tadi apabila doktor mendapati sel kanser peha sudah merebak ke hati selain jangkitan kuman pada peparu dan kandungan garam dalam darah rendah menyebabkan beliau tidak dapat jalani kimoterapi kali kedua, katanya.

Nor Azieantie bersyukur Allahyarham sempat bertemu anak lelaki tunggal mereka, Muhammad Fatih Andikar,4, pada minggu lalu.

Saya ingin berterima kasih atas bantuan rakan atau sumbangan semua pihak kepada kami seisi keluarga sebelum ini dan saya mohon doa semua pihak agar urusan keluarga kami dipermudahkan, Selain itu saya turut memohon kemaafan jika terdapat kesalahan di pihaknya buat sesiapa yang mengenali Aizat, katanya.

Jenazah arwah Muhammad Aizat Adnan akan dibawa ke masjid Putra Perdana untuk dimandikan pada jam 7.30am untuk disolatkan dan akan disemadikan ditanah Perkuburan Islam Putra Perdana, Puchong, Berdekatan surau Sakinah. Al fatihah.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL