spot_img

Berkat bahagiakan ibu, Wany Hasrita raih pencapaian membanggakan – “Ibu pernah diberhentikan kerja, hidup susah, wajah tenangnya beri kekuatan

- Advertisement -

SEJAK aktif dalam industri seni lima tahun lalu, nama penyanyi Wany Hasrita sering mendapat tempat di hati peminat dan pengikut muzik arus perdana.

Begitu banyak anugerah besar dan pencapaian diraih dalam masa yang singkat, ia jelas membuktikan penyanyi berusia 29 tahun itu disayangi peminat yang sukakan bakat semulajadinya itu.

Meskipun mencatat pelbagai momen manis dalam sejarah kariernya, Wany atau Nurshazwany Hasbullah tetap membumi dan tidak mendongak ke langit.

- Advertisement -

Malah, di setiap langkahnya, pasti akan menjadikan ibunya, Norita Jaafar sebagai pendokong kuat untuk dia terus berjaya dalam bidang yang diceburi sekaligus membahagiakan orang tersayang.

“Saya adalah saya biarpun setinggi mana pun saya terbang. Insya-Allah saya akan tetapi membumi. Syukur sebab saya ada ibu yang selalu ingatkan saya supaya selalu bersyukur dan jangan lupa diri.

“Saya memang selalu bersama ibu dan bagi saya ibu adalah segalanya. Salah satu tujan saya melangkah ke dalam industri hiburan ini juga selain kerana minat, saya juga berazam untuk membahagiakan ibu,” ujarnya kepada URTV.

- Advertisement -

Pengalaman pernah hidup susah bersama dengan ibu satu ketika dahulu, tidak akan sesekali lenyap dalam kotak fikirannya. Meskipun sesekali kesedihan datang bertandang, namun dia akui perlu kuat dan enggan menoleh ke belakang lagi.

“Sebelum saya jadi penyanyi, saya pernah melalui hidup susah bersama ibu, tambahan pula sewaktu ibu diberhentikan kerja, ketika itu walaupun susah saya tengok wajah ibu tenang sahaja dan selalu bagi saya kekuatan.

- Advertisement -

“Dari situlah saya berazam takkan sia-siakan peluang apabila ditawarkan oleh FMC Music. Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana percaya bakat ini walaupun ketika itu saya bukan siapa-siapa dan tidak dikenali.

“Tahun ini saya dah tak nak fikir yang sedih, saya nak teruskan langkah dan takdir yang Allah aturkan ini untuk terus kecapi dan kejar kebahagiaan bersama ibu dan insan saya sayang. Saya sudah tidak mahu fikirkan hal negatif dan nak terus berjaya,” kata Wany yang pernah dianugerahkan Bintang Paling Popular (ABPBH) yang ke-30.

Bercakap tentang perkembangan seni, Wany kini tampil dengan single terbaharu berjudul Cinta Khayalan, ciptaan Farouk Razak dan Amelia yang akan dilancarkan pada malam ini di semua platform digital dan muzik video di saluran youtube FMC Music.

“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal. Dan ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

“Empat kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul- betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini.

“Lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya, saya rasa sangat gembiar kerana telah melangkah setapak ke hadapan dan saya rasa telah berjaya mencabar diri saya untuk keluar dari zon yang selesa.

“Jujur saya katakan saya jatuh cinta dengan lagu ini. Kalau anda tak percaya dengar dan hayati sendiri lagu ini. Saya mohon anda semua menjadi juri serta tidak teragak agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya. Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya, tetapi kritik tentang lagu sahaja ya, bukan tentang kisah peribadi,” seloroh Wany.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL