spot_img

Helah Ajak Solat Jemaah Sebelum Ditinggalkan Di Surau

- Advertisement -

Seorang warga emas tidak menyangka ajakan ahli keluarga untuk solat berjemaah di surau hanya helah untuk membawanya

keluar dari rumah.

Dia kemudiannya ditinggalkan sendirian di sebuah surau di Pulau Indah, Klang.

- Advertisement -

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi akaun Facebook Lembaga Zakat Selangor.

Difahamkan, warga emas ini dikatakan tidak memiliki zuriat memandangkan dia belum berkahwin.

- Advertisement -

Oleh itu, dia telah dijaga oleh anak saudaranya.

Tetapi disebabkan keadaan kesihatan lelaki ini semakin merosot, ahli keluarga dikatakan tergamak meninggalkannya di sebuah surau.

Bercerita lanjut mengenai kisah itu, pada awalnya, ahli keluarga dipercayai telah mengajaknya untuk mendirikan solat

- Advertisement -

berjemaah di surau tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia akhirnya ditinggalkan sendirian di sana.

“Sebelum ini, beliau dijaga oleh anak saudaranya. Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan

suasana yang tidak menentu kerana PKP, ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkan beliau di salah sebuah surau.”

Pihak Lembaga Zakat Selangor bergegas ke surau berkenaan untuk menghulurkan bantuan selepas menerima maklumat

mengenai warga emas yang dikatakan telah tidur di surau berkenaan.

Setibanya di sana, mereka melihat warga emas ini berada dalam keadaan yang lemah kerana lapar selain mengalami sakit kaki

akibat jangkitan kuman.

Bukan itu sahaja, pakaian warga emas ini juga didakwa telah diletakkan oleh ahli keluarganya dalam sebuah beg.

“Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil.

Zakat Selangor akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau. Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba

sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak.”

Sementara itu, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan bahawa mereka akan menanggung segala kos penjagaan dan kos rawatan warga emas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL